YOODO MENAWARKAN PELBAGAI HADIAH DAN PROMOSI SEPANJANG BULAN DISEMBER

December 13, 2020

 


Aku sebenarnya lama dah dengar Yoodo ni. Start dari kakak aku bagitau yang diorang sekeluarga guna Yoodo. Tapi masa tu aku tak tahu pula apa benda Yoodo ni. Tapi yang aku perasan abang ipar aku, anak buah aku,bila main game lancar semacam ja. Last-last bila join meeting Yoodo dengan team bloggers haritu barulah aku tahu tentang Yoodo ni. Oh bukan tu saja, bila aku post dekat status whatsapp aku pasal Yoodo ni, ada beberapa orang kawan lelaki aku cakap diorang minat team game Yoodo ni. Ok fine aku blur tak tahu apa-apa pasal game ni sebab memang tak pandai main game langsung pun haha. Tapi rupanya ramai dah tahu kewujudan Yoodo ni. i see....


Kalau korang nak tahu, sepanjang bulan Disember ni Yoodo mengadakan dua kempen berasingan dengan pelbagai ganjaran dan hadiah yang menarik bagi penguna  baharu serta penguna sedia ada. 

Kempen pertama 
"Ho! Ho! Holiday Giveaway". 

Dimana kempen ini menawarkan pelbagai hadiah yang menarik seperti Apple iPhone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 Plus, Apple AirPods Pro dan in-game Diamonds permainan Mobile Legends: Bang Bang

WOWWWWW! Gila tak gila hadiah Yoodo ni. 

Syarat dia simple ja :

Berbelanja sebanyak RM50 dan keatas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. 

Kempen ni akan berakhir pada 31 Disember 2020. 

Nota : Korang boleh rujuk mengenai hadiah dan cara untuk memenanginya di jadual bawah ni ok.



Kempen kedua pula adalah 

"Raikan Wira-wira Kita".

Pada 7 hingga 31 Disember, Yoodo ingin memberi penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan melalui inisiatif Raikan Wira-wira Kita.

Inisiatif ini khas untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo, dan mereka akan menikmati kredit Boost sebanyak RM30 dengan percuma yang boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo mereka.

Melalui kempen Raikan Wira-wira Kita, Yoodo akan memastikan petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dapat berhubung dengan orang tersayang – terutamanya mereka yang masih bertugas dan jauh daripada rumah.

Jelas Tuck Mun, Yoodo benar-benar berterima kasih atas usaha gigih petugas-petugas barisan hadapan sama ada mereka pakar perubatan, polis atau penghantar makanan, yang berani menanggung risiko virus tersebut untuk melindungi masyarakat dan memastikan kehidupan harian tidak terganggu. “Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita adalah penghargaan ikhlas kami kepada mereka ke atas segala yang telah mereka lakukan sejak bermulanya pandemik ini,” katanya.

Bolehlah aku inform kakak dan abang ipar aku sebab diorang dua merupakan "Frontliner"



Ganjaran-ganjaran istimewa ini menambahkan lagi kemeriahan bulan Disember selepas pengumuman promosi terbaharu "Yoodo - Double Special". Untuk masa yang terhad, pengguna-pengguna boleh menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda tanpa kos tambahan. Dengan promosi baharu ini, pengguna boleh mendapat gabungan (termasuk tambahan data aplikasi) 50GB data pada harga RM35, 70GB pada harga RM55, di bawah pelan yang disyorkan. Seperti biasa, mereka juga boleh mengubahsuai dan memilih kombinasi pelan mereka tersendiri untuk memenuhi keperluan peribadi masing-masing.


Pengguna Yoodo hanya perlu memilih dari senarai pelan data yang sudah digandakan di aplikasi apabila mereka mendaftar dan menyesuaikan pelan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ho! Ho! Holiday Giveaway, Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita dan promosi Double Special, anda boleh layari www.yoodo.com.my








Jadi aku pun teruju mau pergi beli sim Yoodo ni. Oh ya thanks to Yoodo atas penghantaran goodies bag ni . Rasa-rasa kalau pergi beli simkad Yoodo guna Tshirt Yoodo ni dapat iPhone 12 tak? hahaha gurau ja







You Might Also Like

0 comments