Kesungguhan pelajar Sabah menarik perhatian Shopee

July 15, 2020

Kisah Veveonah Mosibin yang bermalaman di atas pokok demi mendapatkan akses internet yang lebih baik untuk menjawab peperiksaan atas talian, telah menarik perhatian Shopee. Platform e-dagang tersebut menghantar sebuah pasukan ke Kg Sapatalang, Pitas, bagi mengunjungi pelajar berusia 18 tahun itu dan memberikannya sebuah Shopee Care Package.

Setelah mendengar kisahnya, Shopee menghubungi Veveonah untuk lebih memahami keperluannya. Platform e-dagang itu kemudian menyediakan sebuah kit yang terdiri daripada laptop, smartphone, backpack, wireless Bluetooth speaker, headphones, powerbank and smartwatch bagi membantu Veveonah dalam pendidikannya. Peruncit Shopee Mall, N4 Camera Store, yang mengetahui tentang minat Veveonah dalam pembuatan video YouTube juga menghulurkan tajaan tripod dan ring light untuk memberi sokongan kepada hobinya.



Ketika ditemui di kampungnya di Pitas, Veveonah meluahkan rasa gembira menerima Shopee Care Package itu. “Komputer riba ini amat berguna kerana komputer riba lama saya telah rosak. Dengan gajet baharu ini, saya boleh menggunakannya ketika belajar dan juga untuk merakam video dengan kualiti yang lebih baik. Selama ini, saya mengedit video menggunakan telefon bimbit yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan,” kata Veveonah.


Meskipun cita-citanya adalah untuk menjadi seorang pensyarah, Veveonah berkongsi bahawa dirinya akan meneruskan usaha untuk menjadi seorang YouTuber dan content creator demi menyebarkan sikap positif kepada komuniti dan juga penonton. “Selain vlogging, saya juga berminat dalam penstriman langsung e-sukan. Dengan komputer riba yang diberi, saya kini boleh mendalami penstriman permainan seperti Counter-Strike, Dota dan Warcraft III.”



Memahami bahawa cabaran yang dihadapi Veveonah mungkin dialami oleh ramai belia yang lain, Shopee juga telah mencipta kempen Shopee Sapot Lokal Bah! dari 16 hingga 18 Julai khas untuk semua warga Sabah. Kempen ini akan menampilkan produk daripada penjual Sabah dan juga S-Mart Sabah secara eksklusif dengan baucar menarik untuk barangan keperluan rumah, barangan fesyen, gajet dan banyak lagi bagi mempamerkan tawaran oleh Negeri di Bawah Bayu kepada rakyat Malaysia. Pengguna boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini dengan melayari https://shopee.com.my/sapot-lokal .


Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kisah Veveonah, bersama dengan semangat dan kesungguhannya, memberi inspirasi kepada kita semua di sini di Shopee untuk tidak menggunakan sesuatu halangan sebagai alasan. Dia mengingatkan kita bahawa kita harus tetap bersifat tangkas dan menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan pun. Perjalanan Veveonah adalah kisah menarik untuk dikongsi dengan generasi akan datang. Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan Veveonah.”

You Might Also Like

18 comments

  1. semoga bermanfaat kepada yang sangat memerlukan

    ReplyDelete
  2. Rezeki tak pernah alamat..semoga makin berjaya dia dlm pelajaran/kehidupan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis.. semoga dipermudahkan urusannya

      Delete
  3. Pelajar yang cekal ni kan, semoga dia berjaya nanti. Baik shopee ;)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Semoga pelajar itu dapat capai impian dia tidak kira dalam hidup/pelajaran/kerjaya... Bertuah dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiiin memang bertuah. Tapi tulah kecekalan seorang yg ingin mencari ilmu, tak kira apa juga, tetap diharungi

      Delete
  6. wahhhh thank you shopee for the good deeds.

    ReplyDelete
  7. semoga veveonah terus maju. rezeki tu takkan pernah salah alamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn.. benarlah kata org mencari ilmu biarlah sampai ke negara china.. tak gitu

      Delete