CARA MEMBUAT PENGELUARAN SIMPANAN ASB MELALUI ONLINE

July 06, 2020


Hai Assalamualaikum, harini saya nak kongsi satu cara yang mudah untuk mengeluarkan duit simpanan ASB kita secara online. Maksudnya kita tak perlulah pergi ke kaunter ASB, berbaris panjang atau menunggu lama. 

So korang boleh ikut step kat bawah ni ya :

note : KLIK IMAGE UNTUK LEBIH JELAS

DAFTAR DAHULU atau bagi yang dah pernah daftar boleh terus LOG MASUK. Daftar tu mudah sahaja just masukkan butiran yang diminta. 






Selepas korang masukkan ID Pengguna tu, kotak di bawah tu akan paparkan korang punya FRASA KESELAMATAN. Frasa keselamatan tu macam kata kunci bagi korang punya ID Pengguna, so kalau yang dipaparkan tu bukan korang punya Frasa keselamatan, jangan klik ya pula, cek balik ID Pengguna korang. Sebab tulah korang kena ingat atau catatlah dimana-mana butiran penting yang korang dah isi semasa pendaftaran tadi. 

Kalau betul, baru korang klik YA dan TERUSKAN



Lepas dah klik teruskan ASB akan papar akaun korang. Yang saya padam berwarna oren di page warna biru tu, adalah jumlah wang simpanan korang. KEMUDIAN KLIK PADA PORTFOLIO . 



Dah klik PORTFOLIO, dia akan keluar macam ni dan KLIK TRANSAKSI.



 Kemudian KLIK PADA JUALAN BALIK 



Lepas tu ASB akan papar macam ni dan tick pada kotak di bawah dan klik SETERUSNYA

info:  PENGELUARAN HANYA BOLEH DIBUAT BERMULA RM100 HINGGA RM500 
SAHAJA DALAM TEMPOH SEBULAN SEKALI SAHAJA.



So korang masukkanlah jumlah duit yang korang nak keluarkan. 

KEMUDIAN KLIK SETERUSNYA. 


Duit akan di KREDITKAN/DIMASUKKAN ke dalam akaun yang TELAH DIDAFTARKAN DI AWAL PENDAFTARAN tadi. 
Kemudian ASB akan hantar TAC ke nombor telefon korang. So jangan memandai nak letak nombor telefon orang lain tau, kena letak nombor telefon korang sendiri. Dah masukkan nombor TAC, klik SETERUSNYA

Dah ok semua, ASB akan bagi resit macam ni. So bila da SUCCESFUL tu maksudnya korang cuma perlu tunggu untuk duit masuk ke dalam akaun bank korang.

info: DUIT AKAN MASUK DALAM MASA SATU HARI BEKERJA.

Tadaaaa... dah siap.. Mudah kan ... Sharing is Caring... 



You Might Also Like

0 comments