SHOPEE LANCAR KEDAI ATAS TALIAN KHUSUS BAGI SABAH

February 18, 2020

S-Mart Sabah bakal memberi lebih kepelbagaian dan kemudahan kepada rakyat Sabah
Shopee, platform e-dagang nombor satu Malaysia, memperluas kehadirannya di Malaysia Timur dengan pelancaran kedai atas talian khusus bagi Sabah yang dinamakan S-Mart Sabah. Langkah ini dijangka akan memberi lebih kemudahan kepada pasaran tempatan dan membantu mengurangkan kos sara hidup bagi keperluan harian rakyat Sabah.

Zed Li, Head of Seller Management, Shopee Malaysia (seated right) and Azahar Ariff, Group Head of Corporate Planning and Transformation, Pos Malaysia Berhad (seated left)officially launched S-Mart Sabah by Shopee, flanked by YB Tuan Phoong Jin Zhe, Sabah Minister of Youth and Sports (standing left) and YB Tuan Kenny Chua, Assistant Minister of Sabah Finance Ministry (standing right).

S-Mart Sabah, yang boleh didapati di Shopee dengan mencari "s-mart sabah", menawarkan akses setempat kepada pelbagai barangan runcit dan barangan keperluan rumah daripada jenama terkemuka termasuk MILO, Maggi, Nescafe, Oral-B, Harpic, dan Downy, dengan lebih banyak lagi yang akan turut serta seperti PetPet dan Genki. Menurut Nielsen, rakyat Malaysia menjadi lebih bijak berbelanja dan berusaha untuk berjimat dalam perbelanjaan keperluan harian. Pada tahun 2019, 88% warganegara Malaysia menyatakan bahawa mereka menyesuaikan perbelanjaan untuk menjimatkan perbelanjaan isi rumah, manakala 4 daripada 5 orang mencari harga terendah bagi barangan keperluan. S-Mart Sabah memenuhi keperluan bagi barangan yang memberi lebih nilai dengan menawarkan produk berkualiti pada harga yang kompetitif, dengan penjimatan hingga 10% setiap hari dan hingga 40% pada kempen khas.

Rakyat Sabah juga akan menikmati lebih kemudahan di S-Mart Sabah melalui penghantaran yang lebih cepat, kerana produk akan dihantar terus dari gudang Shopee di Kota Kinabalu. Penduduk negeri ini akan dapat menerima barangan mereka dalam masa satu hingga tiga hari, berbanding lima hingga tujuh hari apabila mereka membeli atas talian daripada penjual yang berpusat di Semenanjung Malaysia.

Tambahan pula, rakyat Sabah juga boleh menikmati penghantaran percuma bagi pesanan seberat hingga 5kg apabila mereka membelanjakan sekurang-kurangnya RM40 di kedai S-Mart Sabah, iaitu peningkatan daripada 1kg yang biasa jika mereka membeli daripada penjual Shopee yang berpusat di Semenanjung Malaysia. Ini memenuhi pilihan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membeli barangan runcit dan barangan keperluan secara pukal atas talian.

"Setelah terlibat dalam pasaran Malaysia Timur selama empat tahun, maklum balas yang kami terima daripada pengguna adalah ia sukar untuk mencari apa yang mereka inginkan dan perlukan di negeri ini, dan barangan juga lebih mahal. Apabila Shopee diperkenalkan di pasaran dengan kepelbagaian dan jangkauan seluruh negara kami, kami memenuhi jurang ini untuk rakyat Malaysia Timur. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dari segi bagaimana sektor runcit mampu memenuhi keperluan pasaran. S-Mart Sabah meneruskan usaha kami untuk memenuhi keperluan ini. Dengan kerjasama kukuh kami bersama jenama dan peruncit terkemuka, serta rakan logistik pihak ketiga kami, Pos Laju, kami kini dapat menawarkan kemudahan dan nilai yang tiada tandingan kepada rakyat Sabah melalui S-Mart Sabah. Kami berbesar hati dapat mengembalikan lebih banyak wang ke dalam poket pengguna," kata Zed Li, Ketua Pengurusan Jualan, Shopee Malaysia.

Pelancaran S-Mart Sabah Shopee telah diadakan di Hotel Marriott Kota Kinabalu, dan disaksikan oleh YB Tuan Kenny Chua, Pembantu Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Negeri Sabah dan YB Tuan Ginger Phoong JinZhe, Menteri Belia dan Sukan Sabah. 

(from left) YB Tuan Phoong Jin Zhe, Sabah Minister of Youth and Sports; Azahar Ariff, Group Head of Corporate Planning and Transformation, Pos Malaysia Berhad; Zed Li, Head of Seller Management, Shopee Malaysia; and YB Tuan Kenny Chua, Assistant Minister of Sabah Finance Ministry at the launch of S-Mart Sabah by Shopee, held at Kota Kinabalu Marriott Hotel.

"Selama bertahun-tahun, rakyat Sabah mengalami kos sara hidup yang tinggi. Dengan S-Mart Sabah yang memberi diskaun yang menarik, rakyat Sabah dapat membeli barangan keperluan rumah sambil menikmati harga yang serupa seperti di Semenanjung Malaysia. Hasil daripada penjimatan itu kemudiannya boleh digunakan untuk komitmen lain seperti pendidikan anak-anak atau menaik taraf kepada sebuah kereta yang lebih baik, seterusnya memberi keluarga tersebut kehidupan yang lebih selesa. Kami juga menjangkakan bahawa S-Mart Sabah bakal memberi kesan ekonomi yang positif kepada negeri ini melalui aspek lain seperti peluang pekerjaan. Kami mengalu-alukan pelaburan dan pengembangan Shopee di negeri kita dan mengalu-alukan lebih banyak kerjasama yang akan memberi manfaat kepada pengguna dan juga usahawan Sabah," kata YB Tuan Kenny Chua, Pembantu Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Kerajaan Negeri mengiktiraf keperluan untuk penggunaan e-dagang demi meningkatkan ekonomi digital Sabah, dan pengembangan Shopee ke Sabah tiba pada masa yang sesuai untuk menyokong usaha dan rancangan oleh beberapa kementerian termasuk Kementerian Belia dan Sukan. YB Tuan Ginger Phoong Jin Zhe, Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata, "Selain mewujudkan platform untuk penjual dan pembeli, kami difahamkan bahawa Shopee juga mempunyai inisiatif lain seperti Shopee University, yang merupakan bengkel percuma untuk penjual yang boleh membantu melengkapkan belia dengan pengetahuan sebagai persediaan dalam mendalami e-dagang. Terdapat lebih banyak lagi yang dapat kita lakukan bersama Shopee untuk mewujudkan peluang bagi rakyat Sabah, terutamanya golongan belia, yang boleh menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan mencari rezeki dengan mencerminkan beberapa jenama tempatan dan antarabangsa yang kini menggunakan pendekatan 'online-first’."

Pada majlis itu, Shopee juga mengumumkan kerjasamanya dengan Pos Laju, bahagian kurier di bawah Pos Malaysia Berhad sebagai rakan logistik pihak ketiga untuk S-Mart Sabah. Bahagian penghantaran kepada pengguna adalah salah satu elemen yang paling penting dalam ekosistem e-dagang, dan Pos Laju telah dilantik untuk menyokong Shopee dalam menghantar pesanan ke seluruh negeri Sabah.

"Pos Malaysia berbangga menjadi rakan logistik rasmi untuk S-Mart Sabah Shopee. Dengan pelancaran kedai atas talian yang baharu, kami menjangkakan peningkatan dalam permintaan untuk penghantaran daripada pelanggan di Sabah. Sebagai rakan kongsi yang komited, kami akan menubuhkan hab operasi baharu untuk menampung permintaan dan terus memberikan pelanggan perkhidmatan berkualiti tinggi dan menyokong pengalaman runcit mereka. Pertumbuhan e-dagang yang hebat di Malaysia memberikan peluang besar bagi perniagaan kurier kami dan kami akan terus melabur dalam infrastruktur e-dagang untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan kami dengan jangkauan terluas di negara ini," kata Azahar Ariff, Ketua Kumpulan, Perancangan Korporat dan Transformasi, Pos Malaysia Berhad.

Dalam meraikan pelancaran S-Mart Sabah, rakyat Sabah akan dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM20 sahaja dan bukannya RM40, dari sekarang hingga 29 Februari 2020. Untuk mula membeli-belah, layari S-Mart Sabah di https://shopee.com.my/s_martsabah.fbs

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untukmenghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantauini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, serta ciri-ciri hiburanpopular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantauini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea, peneraju dalam industrihiburan digital, e-dagang dan perkhidmatan kewangan digital di Asia Tenggara. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualitikehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaanteknologi, dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.

You Might Also Like

5 comments

  1. menarik... memudahkan kawan-kawan di sabah untuk bershopping di shopee

    ReplyDelete
  2. wah wah gud la shopee sng nnt org sbh membli hahaha

    ReplyDelete
  3. Bagus untuk orang-orang Sabah. Lebih mudah dan pantas

    ReplyDelete
  4. yayyyy. ray followed u here.

    #388

    ReplyDelete