WANG SIMPANAN TAK DITUNTUT (WTD) : CARA SEMAK DAN TUNTUT

January 03, 2020

Sebelum aku teruskan dengan tajuk di atas, aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2020. Harapan semoga apa yang didoa, diimpikan dan segala plan-plan dan target yang tahun lalu tak kesampaian, sampailah hendaknya ditahun yang baru ni ya. Amin.

Okay secara umumnya ramai yang dah tahu tentang Wang Simpanan Tak Dituntut (WTD) ni kan. Dah lama dah benda ni orang war-warkan. Tapi mungkin ada yang rasa macam benda ni tak penting atau tiada kaitan, dan sebagainya. Macam sayalah juga. Tak pernah terlintas pun nak check ada ka atau  tak ada  WTD sendiri. Lagipun rasa macam leceh pula kena pergi sana sini untuk semak permohonan dan isi borang macam-macam. Jadi saya pun biarkan sajalah WTD ni. 

Tapi memandangkan WTD kini dah boleh semak melalui ONLINE, jadi saya pun cubalah cek-cek manatau ada duit yang saya lupa nak ambil atau sebagainya kan. Check punya check memang betul-betul ada. Tu pun duit masa belajar UITM dulu haha. Kalau saya tak check, sayanglah duit tu kan. Bukan sikit-sikit, banyak pula tu. Alhamdulillah. Bolehlah lepas shopping-shopping. hehe. 

So dibawah ni saya sertakan cara untuk korang buat semakan ONLINE ya.

1. KLIK LAMAN WEB https://egumis.anm.gov.my/ 

Kemudian korang kena buat PENDAFTARAN terlebih dahulu. Klik Pendaftaran sebelah KANAN diatas sekali tu. Dah daftar semua egumis akan hantar password ke email yang korang daftarkan. Jadi email jangan salah ya.



2. Dah selesai daftar, korang bolehlah DAFTAR MASUK seperti dalam gambar dibawah. Guna password yang egumis berikan terlebih dahulu, kemudian barulah korang kena tukar password korang sendiri. Mesti tukar tau.


Add caption

3. Lepas tu KLIK pada pautan seperti dibawah (yang warna ungu tu)

4. Kemudian MASUKKAN NOMBOR KAD PENGENALAN dan KLIK cari tu. 

Lepas dah klik tu dia akan keluar penyata macam kat bawah ni. So korang bolehlah tahu berapa jumlah WTD korang.

5. Last sekali korang kena CETAK (klik cetak warna hijau tepi kanan dibawah tu) sebanyak 2 keping. Itu pun kalau korang ada pencetaklah, kalau tak ada di Jabatan Akauntan Negara nanti korang boleh juga minta diorang cetakkan.

6. Lepas dah check online semua, korang bolehlah pergi ke Jabatan Akauntan Negara yang berdekatan dengan korang. Bagitau ja nak buat WTD. Disana nanti diorang akan bagi borang yang korang perlu isi dan apa-apa dokumen yang patut korang sediakan kalau nak tuntut WTD tersebut. Dokumen-dokumen yang lain tu tak adalah susah mana pun, macam biasalah dokumen-dokumen pengenalan diri, buku bank, dan sebagainya. 

So sampai sini saja perkongsian saya berkenaan WANG SIMPANAN TAK DITUNTUT (WTD) ni. So jomlah pakat-pakat check WTD korang. Oh ya, korang pun boleh tolong check kan WTD untuk family korang atau pun kawan-kawan korang, yang penting korang tahu nombor kad pengenalan diorang.  



You Might Also Like

7 comments

  1. dah check tp tiada rekod..habis acc bank yg tak ditutup tak hantar kat cni ke?huhu

    ReplyDelete
  2. info yang berguna, nanti nk tryla cek kot-kot ada kan, cuma terbaca dia punya bukti macam buku bank tuh apa semua rasanya entah mana lah semua tu

    ReplyDelete
  3. dengar kata websitenya slow sebab ramai nak check wang tak dituntut. Tunggu reda sikit daku pun mahu menge'check' nya. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Tq share, mau check juga ni manatau ada duit extraaa, ekeke.

    ReplyDelete
  5. Sebelum ni dah check manual dah...berapa sen je pun yg ado..hehehe....
    asben adalah juga sikit boleh la makan mcd hehehe

    ReplyDelete
  6. wow info terbaik lija..mana tahu ada berjuta kan duit hahaha

    ReplyDelete