Tempurung Seaside Lodge : Kuala Penyu, Sabah

December 27, 2019


Mungkin ramai yang tidak tahu, disebalik Daerah Kuala Penyu ada tempat yang sangat menarik untuk tarikan pelancong dalam dan luar negeri. Saya pun sebenarnya baru tahu ada tempat yang begitu cantik di daerah tersebut. Dulu masa tinggal di Labuan, selalu juga lalu jalan Kuala Penyu ni, tapi tak tahu pula ada tempat best macam ni. 

Pemandangan dari atas.. i LIKE it!
Perjalanan mengambil masa selama 2 jam bagi yang drive tenang-tenang ja, kalau drive macam fast furious tu bolehlah sejam lebih sampai disana. Jalan sepanjang disana pula semuanya okay, so korang tak perlu risau tentang perjalanan. Cuma apa yang saya perasan, simpang masuk ke Tempurung tu belum ada signboard atau saya terlepas pandang kot hehe. Tapi senang ja cari simpang tu. Simpang tersebut sebelah kanan, hadapan sikit dari tapak pesta Rumbia. So da masuk simpang dari jalan besar tu, korang drive ja sampai korang jumpa simpang tiga. Disana, barulah ada signboard ke kanan dan kemudian, signboard masuk sebelah kiri. Signboard dia kecil ja tau, so kena alert la nanti terlepas simpang pula. 

Pemandangan chalet, memang cantik !

Pemandangan chalet, memang cantik !
Sampai ja disana, SubahanAllah cantik sangat-sangat tempat tu tau. Saya rasa banyak-banyak tempat yang saya pergi, memang saya suka sangat Tempurung Seaside Lodge ni dan apa yang pasti saya akan repeat kesana. Lagipun haritu masa suntuk sebab jam 5 petang baru kitaorang sampai. 

Entrance Fee : 
RM5.00 (Dewasa)
RM3.00 (Kanak-kanak)
4 tahun ke bawah FREE
Korang akan dibagi MINUMAN PERCUMA!!!





So, macam biasalah aktiviti wajib, ambil gambar sebanyak mungkin. Hahaha! Disana bukan setakat untuk korang pergi bercuti-cuti atau tenangkan fikiran tau, korang juga boleh buat suprise birthday party, atau event-event lain yang korang nak buat. Contoh hari keluarga ka, majlis resepsi ka. Untuk photoshoot pre-wedding atau gambar wedding pun boleh.

Hubungi : +6 011-3516 6339

Untuk penginapan pula, harga serendah RM180 hingga RM380 korang dah  boleh menginap disana. 

Booking :
 No. Telefon : 087-881 999
Email : tempurung_seaside@yahoo.com

(Akan di update dari masa kesemasa)

aktiviti malam karaoke laaa...




Chalet ni RM180 semalam

santai-santai minum Air Kelapa Pandan
Restoran

restoran yang bersih dan ada wifi

Diantara senarai menu yang ada, memang murah







antara salah satu a ktiviti yang korang boleh buat disana, bayarannya pun murah!








You Might Also Like

6 comments