7 tahun berlalu | Fazriel Haqeem

December 02, 2019

Alhamdulillah untuk harini

7 Tahun lalu 2.12.2012 lahirlah Fazriel Haqeem didunia dengan izin Allah. S.W.T. Alhamdulillah hanya kesyukaran yang mampu menceritakan segala rasa yang ada dalam hati ni. Sekarang dah umur 7 tahun anak ibu. Tak terasa pula, masa berputar cepat sungguh. Tahun depan dah darjah 2!

Aku jarang update cerita pasal anak-anak aku. Bukan nak mengaku bujang. Tapi aku cuma nak keep privacy diorang. Bagi aku, anak-anak aku memang privacy aku. Tak nak dedahkah sangat hal pasal diorang. Maklumlah zaman sekarang ni kan bahaya. Tapi insyaAllah aku yakin diorang sentiasa dalam jagaan Allah S.W.T.

Harini aku update pun sebab birthday dia yang ke-7 tahun. Tak sangka dah besar anak aku haha. Kalau dia tahu blog aku ni, mesti dia dah baca, Sebab dah lancar dia membaca sekarang ni. Whatsapp aku pun dia curi-curi baca haha!

Aku lahirkan dia ni secara bedah di RMC (Rafflesia Medical Centre). Bedah sebab dia songsang.  Masa mengandungkan dia pula 9 bulan aku tak boleh hidu bau masakan. Dan memang 9 bulan tu jugalah aku tak masak haha. Lalu kedai orang pun aku dah pening. Masa ada dia ni hidup aku struggle. Yalah masa tu aku kerja di Labuan. Memang kesana kemari berdua ja. Dari masih dalam perut sampailah dah keluar dari perut haha. So bagi aku dia ni kuat, macam aku. Naik Speedboat dari Labuan ke Menumbok, bayangkan meredah lautan seluas tu, dengan bot kecil ja. Fuh memang nyawa dihujung tanduklah, sudahlah tak pandai berenang haha. Tapi alhamdulillah. walaupun setiap kali aku naik bot aku takut, sebab aku memang takut gila dengan air, tapi setiap tu jugalah Allah sentiasa lindungi kami. Walaupun ada satu hari tu, ribut datang habis berputar bot yang kitaorang naik. Yang jadi mangsa orang sebelah sebab aku pegang tangan dia sampai luka berdarah haha! alahai... Sabar ja lah. Pastu driving lagi dari Menumbok ke KK ambil masa 2 jam. Pinggang segala-gala sakit. Tapi benda dah biasa kau buat, so memang aku jenis tahan tukul jugalah walaupun hakikatnya aku ni lemah lembut. Ceh haha! Semangat aku yang melebihi kekuatan diri aku sendiri. 

Masa pergi Tawau dulu pun macam tu juga. Masa tu tak silap umur dia dalam 3 tahun rasanya. 12 jam perjalanan, dia sedap ja tidur, bangun, menyusu. Tu jalah sepanjang jalan, pergi dan balik. Nangis bertebiat ka apa semua memang takda. Sampai kakek dia pun hairan sebab selalu budak meragam yang dia ni steady ja haha. 

Bila dah besar sikit ni, perangai sebiji ibu dia hahaha. Yalah anak ibu kan. hehe. So tak nak cerita panjang walau pun dah nak-nak panjang dah cerita tu, tapi cerita pasal anak-anak ni manalah pandai habis kan. Akhir kata segala doa di bumi dan langit ibu titipkan buat anak ibu tersayang Fazriel Haqeem. Happy Birthday sayang! Semoga ibu sempat tengok kamu membesar menjadi orang yang taat pada perintah Allah dan hidup berlandaskan Sunnah Nabi S.A.W. Amin YRA





You Might Also Like

11 comments