NASI LEMAK SABAH

November 11, 2019

Selalu orang-orang Semenanjung kalau datang Sabah mesti tanya mana nak cari Nasi Lemak di Sabah ni kan? Selalunya memang aku jawab aku tak tahulah, sebab orang-orang Sabah memang jarang sangat makan nasi lemak. Kalau pagi biasa makan Mee, Roti Canai, Sup-sup dan Kuih Muih.

Tapi aku dah jumpa satu restoran yang jual Nasi Lemak di KK. Ni pun dah lama dengar, tapi baru ada masa nak datang kesana. Kedai ni dibuka seawal jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa tutup! Restoran diorang ni pun cantik dan sangat selesa!

Apa yang best tentang kedai ni, diorang ada juga menyediakan khidmat penghantaran. Korang boleh klik disini  COD TABLE 41 . Cas penghantaran pun x mahal RM5.00 sahaja. 

Nasi Lemak disini, korang boleh dapat serendah RM5.90. Itu pun dah berbaloi, SEDAP! Aku ni bukan jenis yang suka makan nasi lemak, tapi nasi lemak Table 41 ni memang dah buat aku bermimpi disiang hari. Makan nasi dia ja pun dah sedap, lemak-lemak nasi tu fuhhh hahaha... korang rasalah sendiri ya.

Selain Nasi Lemak, diorang juga ada menu lain, Assam Laksa, Burger, Roti, Kek, ABC dan yang lain boleh tengok pada gambar menu dibawah ya. 














Masa Operasi:
7.00 am - 6.00 pm
Setiap hari kecuali (Selasa tutup)

Lokasi:
No.27-0, 
Lorong Plaza Kingfisher 4, 
Plaza Kingfisher, 
Kota Kinabalu.

You Might Also Like

10 comments

  1. banyaknya menu sedap di kedai ni. Deco pun cantik

    ReplyDelete
  2. Banyak pula menu.. kalau tau tempat nie masa study kan bagus haha ..
    sy pun slalu kena tanya apa makanan yg ada di Sabah nie kak.. terus bingung nie haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kakak pun lama sdh mau pg, haritu barulah ada masa. memang sedap. nasi dia saja pun sedap bah

      Delete
  3. belum pernah pigi lagi ni..nampak macam sedap

    ReplyDelete