KEMPEN KOMUNITI SUKU-SUKU SEPARUH : SIHATKAN MALAYSIA MULAKAN SEKARANG

November 07, 2019

Adakah hidangan terakhir anda ialah sepinggan 3S makanan Malaysia yang sihat? Hah, semalam saya sempat menghadirkan diri ke Program 'Ayam Brand Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start now' yang diadakan di Lucy Kitchen Kinabalu Golf Club. 



Program ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. 

Tema kempen pada tahun ini ialah Tema kempen pada tahun ini ialah 'Ayam Brand Comunity Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, start  Now'.



Apa itu 3s?

3S adalah singkatan kepada Suku-suku Separuh. Suku-suku Separuh menggalakkan pembahagian makanan di atas pinggan melibatkan suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pinggan Sihat 3S Malaysia mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan daripada kita, lantas menjadi punca kepada epidemik obesiti dalam kalangan golongan dewasa serta kanak-kanak. Menurut Laporan Menangani Obesiti di Asean oleh Unit Risikan Ekonomi', kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% iaitu tertinggi dalam Asia Tenggara. Malaysia  juga merupakan antara tiga negara peneraju di Asia yang mempunyai peratusan tinggi, iaitu 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun.

Ayam Brand, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. Jenama ini berusha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia  dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah.

Di Sabah, seramai 20 orang kanak-kanak dari Persatuan Rumah Amal Sabah, Seri Mengasih Centre, Rumah Kanak-kanak Beringis, Rumah Amal Kasih Kingfisher, SJK (C) Chung Hwa Likas telah mengambil bahagian dalam kempen 'Ayam Brand Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start now' yang mencabar dan menyeronokkan ini.



Acara ini di mulakan dengan pengenalan interaktif memgenaik konsep #sukusukuseparuh. Diikuti dengan pembahagian kepada lima pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk memyediakan hidangan berdasarkan Prinsip 3S. Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang di sarankan oleh pakar.





Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat  apa yang telah di pelajari tentang nutrisi yang baik.




Menurut Pengurus Borneo Ayam Brand  Tan Yann Yu, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke 12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO.

"Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah di ajar dan di dekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat, kata Tan Yann Yu. 


Kami telah menjalankan Kempen CSR selama 12 tahun, Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkanya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan memyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah di fahami. Di samping tip-tip   yang dapat peserta menfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. "katanya lagi. 




"Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan  pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makanan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam, "kata salah seorang peserta. 








Ayam Brand membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara lansung. 


Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan Ayam Brand selama dua bulan yang bersamaan dengan 48,240 hidangan sihat untuk 268 orang penghuni. "Ayam Brand telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah Kebajikan sentiasa ingin di pilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan dari orang awam. Terima Kasih kepada Ayam Brand kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti, "kata wakil dari Seri Mengasih Centre. 


pic kredit to www.miakassim.com
Mahu membantu komuniti di negeri anda? Sila layari Ayam Brand e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk di sumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand e-Charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, Mulakan sekarang.





Menjadi sebahagian daripada Judges dalam kempen tersebut

You Might Also Like

0 comments