ADA APA DI HONG KONG? JOM BACA

November 25, 2019


Bercuti ke luar negara adalah impian setiap orang, kita boleh tengok tempat orang, budaya orang dan sebagainya. tapi yelah kan tak semua orang berpeluang untuk jelajah ke negara orang terutama negara-negara yang mata wangnya jauh lebih tinggi daripada kita seperti Eropah, United State, Jepun dan sebagainya. Oleh itu, aku ada cadangan apa kata kita cuba pergi negara-negara Asia yang hampir dengan kita dan nilai mata wangnya juga tidak terlalu beza dan lebih rendah daripada kita. Korang boleh book Cathay Pacific online atau grab Emirates online promosi untuk ke Hong Kong dengan menggunakan Traveloka. Kenapa Hong Kong? Sebab yang utama semestinya nilai duitnya dengan duit kita tidak ada beza yang terlalu besar. Dan kenapa Traveloka? Sebabnya tiket flight yang ditawarkan sangat berbaloi kerana dah include check in luggage dan in flight meal. Berbaloikan?


 Hong Kong sekarang lebih mesra Muslim kalau nak di bandingkan dengan dulu. Makanan halal pun dah senang nak dapat kat sana, sebab tu ramai orang Malaysia suka pergi ke sana. Tapi kalau korang ada ada limit bajet tertentu bolehlah juga bawa sedikit makanan yang sedia dimakan daripada Malaysia, contohnya macam lauk-lauk Brahim’s yang hanya perlu dipanaskan menggunakan microwave. Jadi carilah hotel yang ada menyediakan microwave supaya senang korang nak masak-memasak. Aku cadangkan kalau pergi Hong Kong bersama keluarga, gunalah Airbnb yang menyediakan kemudahan yang lebih selesa berbanding hotel biasa. Sebabnya Airbnb ada menyediakan mesin basuh dan iron. Oh hooo aku rasa dua benda ni memang penting, lagi-lagi part iron tu. Orang perempuan kalau takda iron, memang x boleh hidup haha! Lagi satu kalau ada mesin basuh senang sangatlah kita nak basuh pakaian kan, takla bawa baju banyak sangat. Balik Malaysia pun nanti takdalah penat nak membasuh lagi.

 Selain itu, Hong Kong ni sangat mesra dengan anak kecil. Maksud aku dekat sini, di Hong Kong kemudahan laluan penggunaan stroller bayi sangat-sangat okay. Namun begitu, aku masih sarankan untuk bawa baby carrier sebab Hong Kong lebih efficient kalau kita gunakan public transport seperti MRT. Sekiranya menggunakan baby carrier, pergerakan kita semestinya lebih pantas dan mudah berbanding mengangkut stroller ke sana sini kan.  


Tempat tumpuan utama di Hong Kong semestinya Hong Kong Disneyland. Yelah dekat Malaysia kita tak ada Disneyland,, jadi bila pergi ke Hong Kong wajib untuk singgah di sini. Pelbagai jenis tarikan dan permainan yang dapat diterokai oleh pelbagai lapisan umur. Bila dah sampai di sini, pastikan habiskan seharian dengan beraktiviti supaya kita rasa betul-betul puas sampai ke Disneyland ni. So, takdalah rugi percutian korang tu. Bagi menjimatkan kos pula, boleh lah bawa bekalan makanan sendiri dan pastikan air mineral sentiasa ada. Yelah bila anak-anak penat main, badan akan cepat dehydrated, so wajib minum air banyak-banyak tau. Tapi, kalau korang nak datang ke sini, elakkan datang time weekend ataupun cuti umum, sebab confirm kalau korang datang time tu, sesak sangat-sangat.


Selain daripada Disneyland, Madame Tussauds juga salah satu tempat yang menarik korang boleh kunjungi. Macam yang ada di Malaysia, ia merupakan muzium patung lilin orang-orang ternama di serata dunia. Ia merupakan muzium lilin yang pertama di Asia. Jadi rugilah kalau korang tak pergi ke sini. Walaupun ia nampak sama, tetapi ia tak serupa. Sebab setiap negara ada cara tersendiri untuk mempamerkan keunikan tempat mereka.


Seterusnya, A Symphony Of Lights juga merupakan tarikan utama di Hong Kong. Nama pun lights kan? Jadi ia sesuai pergi ketika malam secara santai bersama keluarga tersayang. Ianya telah direkodkan sebagai pesta lampu terbesar di dunia dalam Guinness Book of World Records. WOW! Hebat bukan. Persembahan lampu-lampu yang diiringi dengan muzik ini akan diadakan setiap hari  pada pukul 8 malam. Kalau korang plan nak ke sini pastikan sampai awal untuk cari spot-spot yang cantik, untuk record ataupun bergambar. 

Sebenarnya banyak lagi tempat yang boleh dilawati di Hong Kong bersama keluarga, 3 tempat yang aku kongsikan tadi adalah yang boleh dikira wajiblah untuk korang pergi kalau sampai sini, terutamanya Disneyland. Rugi sangat dah datang jauh-jauh tapi tak pergi kan Aku harap perkongsian aku ni dapatlah tolong korang sikit-sikit nanti. Oh ya, tapi kalau korang nak pergi, jangan pergi tahun ni pula tau. Pergi tahun depan ke, sebab sekarang Hong Kong kan tengah ada  protest, so bagi diorang punya keadaan reda dulu barulah pergi sana.

You Might Also Like

19 comments

  1. singgah isnin
    sory hr nie bz x dan blogwalking

    ReplyDelete
  2. entah bila la kan nak habis protest di HK tu. risau tengok gambar berita kat sana :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah .. kesian org2 kat sana.. harap semua okay..

      Delete
  3. Ok, jalan jalan di sini pula mau tinguk ada apa di hong kong.
    Menarik tu disneyland bah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak, rasanya klu pg sana mau kena sehari disana, jgn keluar hahaha

      Delete
  4. info yang menarik. kalau ada rezeki boleh la singgah kan :-)

    ReplyDelete
  5. kalau sebut Hong kong yang saya tau of course disneyland . Selain tu taktau , heheheh . btw done follow sis cantik nie :)

    ReplyDelete
  6. tapi sekarang kan tengah ada rusuhan kat sana, dah ok ke? banyak tarikan menarik di sana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah skg tgh ada rusuhan, masih lagi tu.. tu yg suggest pg tahun depan, tgu reda dlu

      Delete
  7. Kalau ke Hong kong nak pergi Disneyland je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bergambar kat dalam tu pun best juga kan :)

      Delete