Tempat Makan Sedap di Sabah

August 16, 2019

Kalau pergi Sabah, mesti kawan-kawan akan tanya, mana tempat best makan dan makanan apa yang best di Sabah? hah kadang-kadang tak tahu juga nak jawab apa ni, sebab yalah da biasa makan makanan Sabah so rasa tu memang sebati sudah. haha. Tapi kalau korang ambil Pakej Percutian Murah di Sabah ni diorang tahu mana nak bawa korang makan yang best-best!

So bawah ni list-list tempat kitaorang makan haritu

 ANJUNG SENJA : 

Berhadapan dengan Wawasan Plaza atau lebih senang, berdekatan dengan Hotel Promenade, terdapat banyak gerai makanan disana. Masakan bergoreng ada, Seafood pun ada. Pilih je gerai mana yang korang nak duduk, macam-macam pilihan makanan.



 RESTORAN RAHMAT, KENINGAU

Sentiasa ramai pelanggan, kadang tu takda tempat duduk. Sebab makanan sana semua sedap! Puashati tunggu meja kosong




RUMAH MAKAN COTO MAKASSAR ASLI, CYBERCITY

Dekat sini memang popular dengan Coto Makassar Aslinya. Bukan tu saja menu-menu lain pun fuhh!! terbaik. Sup kaki ayam menjadi pilihan setiap kali ke sana. Sudahlah sedap, banyak pulak tu. Berbaloi-baloi








SAYAP AYAM MADU WAK ALI, KUNDASANG

Kalau pergi Kundasang jangan lupa singgah makan disini, memang famous sayap ayam panggang ni. Banyak jual disana, tapi paling ramai orang suka dekat kedai Wak Ali ni. Sayap Ayam Madu dia memang terbaik !!! . Makanan lain pun ada juga tapi Sayap dia memang ramai peminat . 5 bintang saya bagi


BUAH-BUAHAN TEMPATAN, TAMPARULI

Pernah dengar buah tarap? pernah makan tak? hah ni lah rupa dia. Buah ni hanya ada di Sabah sahaja. So kalau datang Sabah boleh cari buah ni ok, itu pun kalau dah tiba musimnya.

Durian pon hado...




SUSU SEGAR DAN ICE CREAM GELATO, DESA DAIRY FARM, KUNDASANG

Semua yang datang Sabah mesti tak akan lupa untuk datang ke sini kan. Orang kata Desa Dairy Farm ni macam dekat New Zealand .. Waa terharu i olls orang Sabah ni. terima kasih! Tempat pemprosesan susu lembu segar terus dari ladang! Tapi ice cream gelato dia sangat sedap! tak cukup makan 1 cup, mesti repeat makan banyak walaupun kat sana soooo colddd...

Yogurt pun ada... 


LEPAK SANTAI

Hah sebut Tawau mesti ramai yang terbayang makanan lagi sedap di Sabah kan kan. Seafood pun murah-murah. Tapi yang paling best masa kitaorang pergi area Lepak Santai ni. Fuh Ketam masak telur asin dia Marvellos gila!!! Sedap tak terkata!!!! Bukan tu saja Yam-yam seafood dia pun alahai tak cukup ambil sepiring, kitaorang repeat lagi ambil 2 piring hahaha Korang datang Tawau wajib Lepak Santai, di Ba Zhong, Tawau. Chill....



MEE TAUHU,

Sarapan pagi kitaorang sebelum berlepas ke Semporna. Nampak sedap? memang sedap,!! Isi banyak harga murah.. yang saiz besar ni pun baru RM4.50 dan..... tak habis makan pun sebab banyakkk okeh! Nasi kuning dia pula, tak perlu komen banyak, sebab kebanyakkan makanan di Tawau semua sedap-sedap tinggal pilih nak makan apa ja. Dimana nak cari ? disini RESTORAN MEE TAUHU PLAZA DAMAI, TAWAU 



BEROBBOK, KAPURUNG, PISANG PENYEK DAN AIR MANGO SAGO

Mana nak cari? Korang pergi One Bucks Cafe, Eastern Plaza Tawau. Sesuai untuk santai petang-petang. Tak cuba? RUGI!!!


NASI AYAM WANGI

Nasi Ayam Wangi ada depan hotel kitaorang menginap je di Heritage Hotel, Tawau. Macam biasa nasi ayam memang sedap. Yang ni lagi sedap sebab lagi wangi haha! Cuba sekali, nak lagi.. 


LATO, KIMA, LANDAK LAUT & SAGOL 

Hah pergi Semporna kalau tak makan ni memang tak sah! kena makan okay. Sedap sangat sedap. Makan dengan nasi putih panas-panas lagi sedap. Jangan lupa ke Restoran Kampungku, Semporna.





SEAFOOD

Salah satu syurga makanan laut dan makanan pelbagai masakan di Semporna iaitu Restoran Warisan Tampi Tampi. Restoran atas laut dikelilingi dengan kolam yang dipenuhi pelbagai spesis hidupan laut. Cantik sangat bila tiba waktu petang. Korang boleh menikmati permandangan matahari terbenam di tepi laut. nak solat? jangan risau surau sebelah restoran sahaja.

Kitaorang haritu makan Keropok Lekor ja memandangkan perut masih kenyang dengan lato dan sagol hehe. Jadi kita ambil gambar pemandangan kat sana saja ya. Indah ! 


Daeng Travel & Tours
Lot 32-2, Blok E, 1st Floor,
Kepayan Perdana Commercial Centre,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Contact
010-6697102 (Cik Ezza)
010-3927102 (Cik Effa)
+6088-213494 (Office)

You Might Also Like

1 comments