ADA APA DI PASAR TANJUNG TAWAU?

August 23, 2019

Sebut ja Pasar Tanjung Tawau mesti macam-macam dah terbayang dalam kepala kan. Korang nak tahu apa yang ada disini? Lets ROLL the picture .... zassssssss


Tingkat bawah pasar tempat jual sayur-sayuran dan jual periuk belangga segala, tapi lupa pula nak ambil gambar periuk semua tu haha. Lepas tu ada pelbagai makanan tradisional orang-orang tawau yang sangat terkenal seperti, Kuih Bangkek, Bahulu Gula Merah, Amplang, Kerepek pisang, Gajus, Belinjo, Gula merah, Kuih cincin dan lain-lain. Harga semua dalam anggaran RM5 dan keatas. Tapi di Tawau atau di Sabah Keropok Amplang adalah keropok yang paling popular. Sekarang dah ada dua perasa tau. Satu perasa Ikan dan satu pula perasa sotong. Yang Sotong ni I sukaaa sangat. Budak-budak pun suka makan tau. Harga keropok amplang 1kg RM10 sahaja. Murah! WOW!




Tingkat atas pula jual segala ikan masin, ikan bilis, ikan bilis mata biru, Udang kering dan amplang pun ada juga, serta makanan-makanan kering yang lain. Ikan bilis mata biru adalah ikan bilis yang paling ramai orang nak beli kalau datang kat Tawau. Sebab harga jauh lebih murah dari harga kat KK.







Tingkat yang satu pula tempat jual baju, ubat-ubatan dan barangan kosmetik. Kalau korang pergi sendiri kat sana susah nak tahu mana tempat yang murah. Tapi kalau korang pakai Pakej Percutian Daeng & Car Rental ni diorang tahu mana kedai yang murah so diorang pun ikut sekali kitaorang shopping dan sambil-sambil diorang bantu angkat barang-barang yang banyak! haha ThaNk you Daeng hebat orang-orang Daeng ni.



So kalau korang kesini, bawa duit banyak-banyak tau. Sebab korang gerenti akan rambang mata! Jom ke Kilang Koko pula

Daeng Travel & Tours
Lot 32-2, Blok E, 1st Floor,
Kepayan Perdana Commercial Centre,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Contact
010-6697102 (Cik Ezza)
010-3927102 (Cik Effa)
017-899 4743 (Kit Tawau)
+6088-213494 (Office)

You Might Also Like

2 comments

  1. ni kalo mborong utk ole2, ngam btl pigi sini. punya bnyk pilihan nii

    ReplyDelete