Tempat Baru di Kundasang

August 20, 2019

Kundasang adalah salah satu Daerah yang tidak asing lagi di Malaysia. Sebut saja Kundasang, mesti orang akan terbayang  keindahan pemandangan Gunung Kinabalu, iaitu Gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Iklim yang sejuk dan pelbagai tempat yang menarik, Kundasang merupakan tumpuan pelancong dari serata dunia.



So, destinasi pertama kita orang mestilah Kundasang! dari Bandaraya Kota Kinabalu ke Kundasang memakan masa lebih kurang 2 jam. Malam tu kami menginap di The Cottage Hotel. dan ada beberapa tempat baru yang kitaorang pergi. So, kena baca sampai habis ya!

DESA CATTLE DAIRY FARM 

Disini korang boleh menikmati permandangan yang sungguh indah ibarat berada di New Zealand! sebab disanalah korang akan menikmati pemandangan Lembu hitam putih ditengah-tengah desa dan juga korang boleh menikmati susu segar dari ladang. Bukan setakat tu, disana juga korang boleh menikmati Ice cream yogurt daripada susu segar dan pelbagai perisa yogurt yang ada dijual disana. Harga dalam anggaran RM2.20 hingga RM5.90. memang sedap dan lain daripada yang ada dijual di pasaran. Rugi kalau korang tak cuba!



Bukan tu saja, korang boleh bawa anak-anak korang belajar cara perah susu, bagaimana susu lembu diproses sebelum dipasarkan. Jangan lupa, bagi makan dan minum lembu dan kambing ternakan pun boleh. Itupun ada masa tau dari jam 8.30 hingga 12.30 tengahari (sesi pagi) manakala jam 1.30 petang hingga 4.30 petang (sesi petang). Manakala kalau nak tinjau lembu kat ladang masanya adalah dari jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang. Selepas jam 2.00 petang oeprasi perah susu akan dijalankan sehingga jam 4.00 petang dan bagi pemprosesan dan pembungkusan susu pula adalah setiap selasa, khamis ahad, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. 





Harga Tiket & Waktu Operasi :

RM5.00 (dewasa)
RM4.00 (kanak-kanak)

8.00 pagi hingga 5.00 petang
(Kenderaan terakhir dibenarkan masuk sebelum jam 4.30 petang)


H.BENJAMIN RESIDENCE, MOUNT KINABALU

Juga salah satu tempat yang paling cantik untuk korang tangkap gambar. Terletak atas sikit daripada Desa Cattle, dalam 10 minit dah sampai ke sini. Apa yang menarik di H.Benjamin Residence ini adalah bangunan yang dibina menggunakan batu bata berwarna merah. Ini menambahkan lagi kecantikkan tempat tersebut. Disana juga dibina satu lapangan dengan struktur kayu, tempat orang bersantai dan menghirup udara segar seolah-oleh berada diluar negara! Bagi yang ingin menikmati suasana semulajadi dan cuaca sejuk di kaki Gunung Kinabalu, tempat ini sangat sesuai untuk korang! Tenang, aman, dan damai itulah yang mampu diungkapkan.






RATE BILIK

RM320 hingga RM730. Tapi kalau nak murah datang masa off-peak period. Kalau masa peak period harga mahal sikit. Tapi yang tu tak penting, yang penting tempat ni berbaloi untuk bercuti-cuti!



Sebarang pertanyaan hubungi:

088-238 909 (KK Sales Office)
016-831 2688 atau 016-886 1925
Email: reservation@hbresidence.com


KUNDASANG WAR MEMORIAL

Taman ini ditubuhkan pada 1962 bagi memperingati seramai 2428 tentera Australia dan British yang terkorban semasa perang dunia ke-2 di kem Tahanan Perang Sandakan serta mereka yang terbunuh sidalam perbarisan yang dikenali sebagai "Sandakan Death March" oleh tentera Jepun yang sangat kejam ketika itu. Bermula dari Sandakan hingga ke Ranau, korang bayangkanlah betapa jauhnya kita naik kereta, tapi diorang cuma jalan kaki ja, lepas tu meredah hutan hujan tropikal pula tu! dan hanya 6 orang sahaja yang terselamat.


 Tugu ini juga dibina untuk megenang dan menghargai jasa penduduk tempatan yang terkorban dalam memberi pertolongan dan bantuan kepada tahanan-tahanan perang tersebut. Kesian diorang kan, tapi semangat itulah yang kita mahukan. Bukan perpecahan kaum!

Memorial ini terdapat 4 taman. Iaitu:

Taman Australia
Taman Inggeris
Taman Borneo
Taman Kontemplasi (Renungan)


So, kalau pergi sana, bukan setakat bergambar sahaja, korang juga boleh melihat dan membaca sendiri sejarah-sejarah keperitan yang telah mereka lalui demi memerdekakan negara kita dan bersyukur serta bertuahnya kita dilahirkan setelah negara kita merdeka. Semoga tempat ini dijadikan salah satu sumber rujukan untuk anak-anak muda kita menghargai jasa dan pergorbanan orang terdahulu demi satu perjuangan!


Harga Tiket & Waktu Operasi:

Tiket Masuk
RM3.00 (dewasa)
RM2.00 (kanak-kanak)

7.00 pagi hingga 5.30 petang


RANAU RABBIT FARM (NEW)

Salah satu tempat terbaru bagi yang suka tengok Arnab adalah di Kg. Kigiok, Ranau. Disana korang boleh buat aktiviti seperti bagi arnab makan, minum, bermain dan juga aktiviti bergambar. Dengan hiasan ala-ala alam fantasi mesti si kecik molek korang suka datang kesini.





Harga Tiket & Waktu Operasi:

RM3.00 (dewasa)
RM2.00 (kanak-kanak)

Waktu Operasi:
9.00 pagi hingga 6.00 petang

Contact:
019-832 9868



BOM BON KG. MARAKAU (NEW)

Fish SPA. Disini korang boleh bermain-main dengan ikan-ikan yang sangat besar dan banyak, Boleh bagi ikan-ikan tu makan, boleh rendam kaki dan aktiviti bergambar. Bukan tu saja, disini juga ada haiwan ternakan yang lain seperti Adiran dan Donny. Korang nak tahu siapa Adira dan Donny? Datanglah kesini!




Yang paling best lagi kat sini, korang  boleh bagi burung merpati makan dan bergambar bersama merpati. Jinak tau burung tu. Korang letak ja makanan ditangan korang, pandailah burung tu datang tempat korang.




Harga tiket & Waktu Operasi:

RM3.00

Makanan ikan:
RM1.00 (sebungkus)

Waktu Operasi:
8.00 pagi hingga 5.30 petang

Contact:
013-856 1101



KINABALU NATIONAL PARK


Disinilah tempat bermulanya pendakian ke Gunung Kinabalu. So boleh bayangkan ya macama sejuknya disana, disini dan disitu hehe. Disini tak banyak gambar yang diambil sebab tak tahan cuaca sejuk melampau, tunggu dalam kereta ja. Tapi kalau korang larat naik, atas sikit tu ada tempat bergambar yang cantik. Tapi kena datang awal kalau nak dapat permandangan yang cantik. Kalau lambat, kabus je korang dapat tangkap. Macam kitaorang haha!



Harga Tiket & Waktu Operasi:

RM3.00 (dewasa)
RM1.00 (kanak-kanak)

Waktu Operasi:
9.00 pagi hingga 4.00 petang

Contact:
088-448 709
Whatsapp/Call: 017-222 5009 / 012-855 2009
Email: info@mountkinabalu.com


Daeng Travel & Tours
Lot 32-2, Blok E, 1st Floor,
Kepayan Perdana Commercial Centre,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Contact
010-6697102 (Cik Ezza)
010-3927102 (Cik Effa)
+6088-213494 (Office)

You Might Also Like

14 comments

  1. Cantik semua gambar Liza.. Setakat ni mampu tengok gambar-gambar percutian kawan-kawan ke Kundasang.. In shaa Allah ada rezeki sampai juga LZ ke sana nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih hehe. Ada rezeki lebih datanglah sini ya :)

      Delete
  2. Byak bha tempat menarik di kundasang nie.. lalu ja belum pernah pi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau banyak masa tu baru dapat pegi tempat yg lain-lain kan

      Delete
  3. bila la boleh sampai kundasang jgk ni..:)

    ReplyDelete
  4. in sha allah 1 hari nanti nk sampai sini jugak :-)

    ReplyDelete
  5. Salam kak, follower baru disini.. Jemput singgah blog sy juga ye.

    ReplyDelete
  6. Pm kasut hahaha..smua tmpt best xjmu p wlupun saratus kali hahaha kann

    ReplyDelete