40 Days AFY haniff Pencuci Piring Pilihan Ibu-ibu Zaman Kini

August 10, 2019

Assalamualaikum ... Hujung minggu mesti mama-mama diluar sana akan buat House Cleaning kan. Samalah macam saya. Hujung minggu ja lah masa yang paling sesuai bagi mama yang bekerja macam saya ni, untuk buat semua kerja di rumah. 


Part mana yang kamurang suka kemas dan akan selalu kemas? Mestilah Bahagian dapurkan. Alah semua mama pun akan kemas dapur terlebih dahulu sebelum kemas part-part lain dalam rumah tu. Betul kan? hehe. Kalau saya, memang pantang sangat nampak dapur semak. Lagi-lagi kalau ada sampah. Pantang oiiii.... Kalau ada piring yang belum bercuci lagi, nah disanalah yang tidak kena ni. Mesti dan wajib cuci piring sebelum masuk tidur. Sampah semua mesti buang. Periuk belangga, dapur gas tempat masak semua mesti sudah bersih. Lagi-lagi yang berminyak. Jangan lupa syaitan suka tempat-tempat yang kotor dan berbau. So lepas makan kenalah basuh semua piring, gelas, periuk, kuali dan buang sampah! 




Tapi mungkin ada dikalangan kita yang malas mau cuci piring sebab penat, tidak mahu tangan berbau, malas tangan kena minyak dan tidak mahu tangan rosak dan kasar lepas cuci piring. Sudahlah esok mau pergi kerja lagi kan . Lebih-lebih lagi kalau piring tu banyak terkena masakan berminyak, nah lagi lama lah mau berdiri depan singki kan. Tapi baru-baru ni saya ada beli satu pencuci piring AFY haniff di Supermarket Bataras. 40 Days namanya. Sebelum ni memang saya kerap tukar pencuci piring sebab tangan saya cepat rosak sama minyak-minyak tu kan masih melekat lagi dipiring-piring dan dikuali. Baru kalau pakai tu sabun kena banyak kali letak sabun jadinya cepat habis sabun cuci piring saya. Trylah beli ni 40 Days dengan harapan berbeza dari yang lain. Sekalinyalah pula...... Macam suka betul saya sama 40 Days ni sebab wangi dia tu wangi Pandan Limau Nipis. Lepas cuci piring masih lagi tu tangan wangi hahaha. Tapi yang paling penting sikit saja pun guna tu sabun, memang segala kotoran dan minyak-minyak yang ada pada piring, gelas dan kuali hilang. Yang saya suka kalau cuci gelas, bila cium balik tu gelas wangi pandan dan limau. Selalu kalau sabun lain, kadang-kadang anak-anak saya pun cium balik tu gelas bau ka wangi, barulah dorang mau guna. Kalau tidak, memang kena cuci baliklah tu gelas semua.


Bukan tu saja, saya punya dapur gas yang bila masak banyak minyak tumpah-tumpah tu pun saya cuci pakai ni pencuci 40 Days. Kotoran minyak pun hilang, dapur gas saya pun wangi dan bersih!

Jadi saya syorkan semua mama diluar sana gunalah 40 Days ni untuk pencuci piring harian kamurang. Tangan pun terjamin, tidak rosak, tidak kasar dan tiada bau makanan lagi yang melekat. Ada dua wangian tu kamurang boleh pilih, yang saya pilih ni Pandan Limau Nipis, yang satu tu Serai Wangi Lemon. Harga pun murah jadi memang berbaloi lah untuk beli dan diguna dalam kehidupan seharian. So, cepat-cepat pergi kedai yang berdekatan. Saya bagi RATING 10/10 !!!



You Might Also Like

3 comments

About Me

Like us on Facebook

Popular Posts