LE MENT SPARKLING OIL CLEANSING & SHAMPOO

May 09, 2019

Rambut adalah mahkota yang penting untuk kaum wanita. Bila bercakap tentang rambut, pasti semua mengimpikan rambut yang sihat dan cantik. Namun tidak semua bernasib baik mempunyai rambut yang sihat dan cantik. Ada juga wanita diluar sana yang mempunyai masalah rambut yang serius. Ini boleh menyebabkan seorang wanita itu kurang yakin pada diri sendiri. Faktor kesihatan dan usia juga antara penyebab rambut seseorang itu tidak sihat. Oleh sebab itu, kita hendaklah bijak dalam memilih produk rambut yang bersesuaian dengan kulit kepala kita. Ini kerana tidak semua produk dipasaran sesuai dengan kulit kepala dan rambut kita.



Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo



Shampoo jenis FOAM yang mengandungi :

**Minyak Argan
**Minyak Baobab
**Lipidure
**Keratin 
**Fullerene 
**Carbonated Essential Oil

Antara kebaikan yang terdapat dalam kandungan shampoo tersebut adalah mampu melembapkan rambut dan sekaligus kulit kepala. Bukan itu saja, apa yang paling bagus, shampoo ini membersihkan kekotoran sehingga ke liang rambut. Bagi yang suka mewarnakan rambut atau yang suka sangat buat style-style rambut, hah shampoo ni sangat sesuai untuk korang. Kerana ianya boleh membaikpulih keadaan rambut kembali kepada keadaan yang lebih sihat.  Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo ini juga adalah penjaga rambut yang dicipta khas tanpa conditioner tetapi masih mampu untuk menyihatkan dan membersihkan kulit kepala seterusnya memberi kesan bersinar dan lembut pada rambut.



Apa Istimewanya Syampu Le Ment?

Menggunakan kepekatan asid karbonat 5000ppm. Berbeza daripada shampoo biasa yang hanya menggunakan 1000ppm kepekatan asid karbonat. Kepekatan tinggi asid karbonat tersebut mampu menembusi ruang-ruang kecil pada folikel rambut yang jarang ada pada produk-produk shampoo yang lain.  Jadi lebihan sebum yang melekat pada rambut dan kulit kepala (Sebum is a light yellow, oily substance that is secreted by the sebaceous glands that help keep the skin and hair moisturized) dapat dibersihkan. Shampoo ini juga, tidak menggunakan bahan silikon dan hanya menggunakan pati minyak tumbuhan disamping 9 bahan tumbuhan organik bagi melembapkan rambut.

Bahan Utama


Terdapat 3 bahan utama untuk Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo iaitu bahan Asid amino berkepekatan tinggi + Pati minyak (essential oil) + bahan kecantikan organik.


Langkah Penggunaan


Langkah 1: Basahkan rambut dengan air suam terlebih dahulu.
Langkah 2: Goncang botol, tekan jumlah syampu yang sesuai di telapak tangan dan ratakan ke kulit kepala dan rambut. Jumlahnya bergantung kepada kepanjangan rambut dan lebat rambut korang. 
Langkah 3: Urut kulit kepala sebelum mencuci.
Langkah 4: Cuci sehingga bersih dan juga boleh digunakan sebarang perapi rambut.

Bagi rambut yang alami kerosakan selepas proses kerinting atau luruskan rambut boleh gunakan setiap hari. Rambut tidak akan frizzy, kerana Le Ment menggunakan bahan asid amino dengan kuasa pembersihan lebih lembut berbanding syampu biasa yang menjadikan rambut kering.

Bagi yang kurang bermasalah, bolehlah guna 3 hari sekali.

PENGALAMAN MENGGUNAKAN Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo 


Kulit kepala saya jenis yang sensitif dan berminyak. Rambut saya pula panjang dan ini memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Sekiranya tersilap memilih produk, rambut boleh gugur dengan sangat teruk. Pelbagai jenis shampoo juga telah saya guna, namun masalah yang saya hadapi masih juga berlanjutan. Ada yang menunjukan diawal penggunaan sahaja berkesan, ada juga yang langsung tidak berkesan, juga ada yang menambahkan lagi masalah pada kulit kepala dan rambut saya.


Saya suka shampoo ni sebab ianya dalam bentuk foam, ianya dapat hasilkan buih yang banyak untuk keseluruhan kepala semasa menggunakannya. Baunya juga sedap dihidu seperti bunga Jasmine yang menyegarkan. Selepas cucian, rambut memang lebih lembut dan baunya kekal harum tidak seperti sesetangah syampu yang hanya wangi ketika cucian. dulu saya hari-hari cuci rambut, tetapi dengan Le Ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo saya membasuh rambut 2 hari sekali dan yang bestnya rambut tidak kering malahan lebih lembap, dan kulit kepala saya juga tidak kering.


Bagi yang ingin mencuba Le ment Sparkling Oil Cleansing & Shampoo, korang boleh rujuk dan buat pembelian di bawah. Pasti tak menyesal!



You Might Also Like

2 comments