Kg. Bangingod, Lahad Datu | Tempat Menarik di Sabah

March 20, 2019

Assalamualaikum.... Akhir tahun 2018 saya berkesempatan untuk ikut abg ipar balik ke kampung halamannya nun jauh di Lahad Datu, Sabah. Perjalanan yang mengambil masa selama 8 jam 30 minit dari Kota Kinabalu ini, sangat menyimpan kenangan yang cukup manis. Apatah lagi pertama kali memandu sendiri sejauh itu dengan ditemani kakak sepupu yang setia bersama selalu. Tapi pengalaman yang cukup membahagiakan orang sejenis saya, yang mempunyai hobi suka memandu kemana saja.


Bukan pertama kali menjejak kaki dikampung Bangingod, Lahad Datu ni tetapi ini adalah kali yang kedua. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menikmati pemandangan yang sungguh mengagungkan. Saya suka sangat Kg. Bangingod ni. Tempat yang sesuai untuk meredahkan hati yang penuh dengan kesesakan dan kehimpitan pelbagai dugaan dan ujian kehidupan.



Pekerjaan utama penduduk disana adalah Nelayan. Dan semestinya boleh makan ikan fresh dari laut. Sedap dan gembira yang tidak terkata. Jarang-jarang dapat makan ikan yang baru kena tangkap terus dipanggang. Makan pula dekat pondok-pondok, firstime makan macam tu. Waaaaaaa... Memang seronok dan terliur-liur bila imbas kembali haha. 




Jangan risau, di sana kalau korang tiada saudara mara, boleh tinggal di Homestay Sri Bangingod, Tungku. 



Untuk menginap di homestay ini, sila berhubung dengan En. Rudin Raim di no hp. 013 - 880 3816





Bila datang ke Kampung ni, tolong ya korang gunakan masa korang sebaik yang mungkin. Tinggalkan HP!!! klu korang datang jauh-jauh tapi hp masih melekat ditangan, baikla korang duduk berehat dirumah ja kan. Disini tempat untuk menjauhkan diri dari segala kekusutan di ibu kota. Sesuai sangat tempat untuk menyendiri. Kadang-kala kita perlu ada masa untuk diri kita sendiri juga kan. Tinggalkan segala kerja-kerja dioffice, masalah-masalah peribadi dan terapikan diri dengan kedamaian di Kg. Bangingod. Tiada apa yang rugi kalau kita meluangkan masa untuk diri kita sendiri. 

Banyak lagi tempat yang menarik korang boleh lawati, klu korang ke Lahad Datu. Diantaranya ialah:

Lembah Danum
Taman Hidupan Liar Tabin
Menara Kayangan
Kawasan Hutan dan Reakreasi Taliwas
Silam Coast Conservation Area
Borneo Paradise Eco Farm Resort
Pulau Buta Agro Tourism Resort
Felda Residence Resort
Dengan Resort
Tungku Beach Resort
Air Terjun Bahagak
Tabah Batang
Sungai Merabung
Sungai Dewata
Pulau Tabawan
Pantai Damai
Pantai Dent Haven
Pantai Kahapan
Pantai Makuau
Pantai Payang
Pantai Tanjung Labian

So next akhir tahun ni kemana kita ya.... Banyak masa lagi hehe so jumpa next entry.. Love ya.... 


Nota pendek : Penulis lahir di sinilah Hospital Lahad Datu, Sabah. Heheh... 


You Might Also Like

1 comments

  1. banyak juga ya tempat2 best di Lahat Datu. x pernah sampai lagi..

    ReplyDelete