Follow Us @lizaaryannazaara

Wednesday, April 3, 2019

PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ'



Hari ini kita semua menyambut peristiwa Isra' & Mikraj yang menjadi salah satu hari yang besar buat seluruh umat Islam.

Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Melalui sirah, 2 individu ini yang banyak menyokong, memberi galakan dan juga melindungi Baginda Rasulullah SAW untuk melebarkan Islam ketika itu. Mana hati yang tak terusik, sedih dengan 2 individu yang menjadi tulang belakang Rasulullah SAW.

Maka pada satu ketika, Malaikat Jibril mendatangi Rasulullah SAW dan membawanya kepada satu peristiwa BESAR kepada kepercayaan seluruh umat Islam iaitu, Isra' & Mikraj.

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi, Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di MadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi AdamNabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Selepas itu, Baginda Rasulullah SAW meneruskan lagi perjalanan Mikraj, iaitu proses naik ke atas untuk bertemu dengan Allah SWT sambil bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS & Nabi Isa AS.

Alhamdulillah, melalui peristiwa ini juga telah membuatkan kita mempunyai satu ibadah yang khusus yang tersangat istimewa iaitu Solat 5 waktu setiap hari walaupun pada asalnya 50 waktu setiap hari.

2 comments:

  1. semoga kita akan kekal istiqomah mencari keredhaan Allah swt ... In Shaa Allah

    ReplyDelete