Follow Us @lizaaryannazaara

Tuesday, March 5, 2019

Brunei Satay House | Tempat Makan Sedap di Sabah

Assalamualaikum hai korang, kali ni kalau kawan-kawan korang dari Semenanjung datang ke Sabah nak cari tempat makan yang best selain seafood, korang suggest pergi ke Brunei Satay House, Indah Permai (BSH). Bukan apa asyik-asyik makanan laut ja kan, kali ni kita sajikan rakan-rakan kita makanan lain pula. Jangan risau walaupun nama Restoran tu Brunei Satay House, tak bermakna dia hidang satay je tau. Macam-macam makanan yang boleh korang makan kat sana.


Restoran ni mula dibuka pada tahun 2004 di Daerah Beaufort. Berkonsepkan hidangan Melayu Brunei, restoran ini menjadikan Satay sebagai menu utama mereka.


Satay nya pula pelbagai jenis, ada satay Ayam, Daging, Kambing dan Satay Perut. Pertama kali saya makan satay perut, memang sedappp sangat. Dihidang pula dengan kuah kacang yang sememangnya terbaik yang pernah saya rasa. Selain itu tidak lupa juga menu kochung yang menjadi favourite setiap pelanggan yang datang ke BSH.

Bukan setakat menu tu saja, BSH ni juga ada menu tambahan yang lain seperti AMBUYAT dan KELUPIS. Jadi, tak payah tunggu raya baru nak makan Kelupis, di BSH hari-hari korang boleh makan tau.



Ni senarai SET A LA CARTE yang korang boleh pilih :

🥘Nasi Ayam Penyet
🥘Nasi Kambing Hitam
🥘Nasi Butter Chicken BSH
🥘Nasi Kuning Ayam Madu
🥘Sup Isi Ikan
.
MINUMAN PILIHAN pula adalah :
🍹ABC Special
🍹Bandung BSH
🍹Blue Ocean
🍹Milo Tabur Special
🍹Thai Green Tea
🍹Choco BSH Smoothies





Kredit photo www.miakassim.com

So korang, dah ada list restoran sedap di Sabah selain seafood kan. So tunggu apa lagi, jom serbu. Dengar-dengar BSH ni selalu penuh. Waaaa macamana tak penuh kalau memang makananya semua sedap-sedap kan. Jangan risau BSH ada cawangan lain antaranya adalah di Beaufort, Papar dan Tuaran. Korang boleh serbu cawangan BSH yang terdekat.




📌Blok E, Tingkat Bawah, Lot 6, Indah Permai Shoplot, Kota Kinabalu, Sabah

⏰Buka 12.00 tengahari hingga 10.30 malam pada hari sabtu hingga khamis. Manakala jumaat buka dari jam 1.30 petang hingga 10.30 malam

☎️016-8435981



4 comments:

  1. Nampak sedap ni..kalau ada outstation ke sana boleh la sis cuba makan kat sini...

    ReplyDelete
  2. Demam2 pun selera sebab sedap .. bukan gitu kah tu lija ��

    ReplyDelete
  3. ada prancangan nak pegi Sabah lagi. tapi tatau bila hehe..

    ReplyDelete