Follow Us @lizaaryannazaara

Saturday, December 15, 2018

KASUT SEKOLAH JENAMA PALLAS UNTUK ANAK-ANAK ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK !!!

Assalamualaikum, Salam Jumaat semua!!!
Lebih kurang 2 minggu lagi sekolah dah nak buka kan. Mak-mak pak-pak dah beli barang-barang sekolah anak-anak ka tu?  Kalau belum kena cepat, nanti habis semua size tak dapat. Tapi dalam nak membeli tu, jangan lupa beli yang terbaik buat anak-anak. Tak mahal tak apa yang penting keselesaan tu diutamakan. Harini saya nak kongsikan Jenama kasut sekolah yang saya pilih untuk Akim. 

Tahun 2019 Akim dah masuk darjah 1. Perasaan ibu ni bukan main lagi, excited pun ada, takut pun ada. haha. Yalah pertama kali masuk sekolah rendah, tak sama masa sekolah tadika kan. So excited punya pasal, memang semua barang-barang sekolah pun kena prepare yang terbaik. Tapi...... saya belum prepare apa-apa lagi tau, baru kasut sekolah haha, keliru tak tahu nak prepare apa dulu, so kita beli kasut dululah. Firstime ni dapat kasut dari PALLAS, teruja bukan main, macam ibunya yang nak pakai hahaha.

Kenapa saya pilih PALLAS untuk Akim? sebab saya jenis menitikberatkan apa yang Akim pakai dari atas sampailah bawah. Macam kita juga kan, mesti pilih yang selesa untuk kita pakai.
Kebaikan kasut PALLAS ni adalah LEBIH RINGAN dari yang lain. So memang sesuai untuk anak-anak kita pakai memandangkan anak-anak akan pakai sepanjang hari. Cuba bayangkan, kalau kasut tu berat, mesti anak-anak akan rasa kurang selesa nak bergerak kesana kemari. Lagi-lagi anak-anak kita ni anak yang aktif. TAPI bila kasut yang anak-anak kita pakai tu RINGAN, kuranglah beban anak-anak untuk bergerak dan membantu anak membesar dengan kaki yang sihat. Kesihatan kaki tu penting sebab kakilah yang membawa kita berjalan kemana-mana sahaja. Bayangkan kalau kaki sakit, nak pergi sekolah pun susah kan, apatah lagi nak berjalan. Sebab tu saya pilih PALLAS sebagai kasut sekolah Akim. Bukan sekadar RINGAN tapi kualiti PALLAS ni juga terbaik bagi saya. Tapak kasut PALLAS ni TAK LICIN, dan permukaan dalam kasut ni juga ada SPAN yang membuatkan anak-anak rasa selesa pakai sepanjang hari.

SO korang yang masih berfikir-fikir kasut apa yang terbaik untuk anak-anak, saya jamin PALLAS adalah yang terbaik! So, cepat-cepat pergi AEON, TESCO, MYDIN dan kedai yang berhampiran untuk dapatkan kasut PALLAS anak-anak korang.



 

     

5 comments:

  1. Tedi pilih kasut melalui kusyen dia dan tapak dia cengkam tak. Kusyen yang bagus ysng tentukan kaki dan keseluruhan badan sakit atau tidak. Masalahnya hanya si pengguna sahaja yang tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kusyen dia memang bagus,sy pegang ja memang rasa selesa,apatah lagi dipakai. Tapak memang cengkam, sbb tapak jenis kasar bukan jenis yg licin,so bila lantai licin pun cengkam.

      Delete
  2. saya pun pilih jenama ini 2 pasang utk anak nak masuk darjah 1..sis amik saiz apa ye? saya aritu dah tersilap saiz n dah tukar.. lega sikit..

    ReplyDelete