Follow Us @lizaaryannazaara

Monday, December 17, 2018

DuitNow. Cara Baru untuk Membayar. Dibuka kepada Orang Ramai.






DuitNow, perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunakan nombor telefon bimbit penerima, kini dilancarkan melalui saluran perbankan Internet dan/atau Mudah Alih bank-bank berikut:

1.         Ambank (M) Berhad
2.         Bank Islam Malaysia Berhad
3.         Bank of China (Malaysia) Berhad
4.         BNP Paribas Malaysia Berhad
5.         CIMB Bank Berhad
6.         Citibank Berhad
7.         Hong Leong Bank Berhad
8.         HSBC Bank Malaysia Berhad
9.         Malayan Banking Berhad
10.      OCBC Bank (Malaysia) Berhad
11.      Public Bank Berhad
12.      RHB Bank Berhad
13.      Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
14.      United Overseas Bank (Malaysia) Berhad



from left)  YBhg Dato' Khairussaleh Ramli - Group Chief Executive Officer of RHB Banking Group, YM Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz-Group Chief Executive Officer of CIMB Group Holdings Berhad, YBhg Datuk Ahmad Hizzad-Chairmain of PayNet, Mr Peter Schiesser - Group Chief Executive Officer of PayNet and Mr. Domenico Fuda - Chief Executive Officer of Hong Leong Bank Berhad at the official launch of DuitNow


Susulan daripada pelancaran ini, rangkaian institusi-institusi yang menawarkan perkhidmatan DuitNow akan diperluaskan dengan penambahan 17 bank dan syarikat e-dompet tidak lama lagi.

Pelanggan yang ingin menerima pemindahan dana melalui DuitNow dengan menggunakan nombor telefon bimbit mereka perlu melakukan pendaftaran satu kali sahaja untuk memautkan nombor telefon bimbit ke nombor akaun bank mereka. Pelanggan juga boleh memautkan nombor MyKad atau MyPR, nombor Tentera atau Polis, nombor Pasport atau nombor Pendaftaran Perniagaan ke akaun bank mereka untuk menerima wang.  

“Kami amat berbesar hati dengan sambutan daripada jutaan rakyat Malaysia yang telah mendaftar untuk DuitNow yang membolehkan mereka menerima dana dengan menggunakan nombor telefon bimbit dan nombor MyKad mereka,” kata Encik Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, pengendali DuitNow.

Pelanggan bank kini boleh melihat, mengubah suai atau memindahkan pendaftaran DuitNow mereka melalui saluran Perbankan Internet atau Mudah Alih di 14 buah bank. Bagi memastikan kemudahan kepada pelanggan, bank-bank di Malaysia telah bekerjasama supaya pelanggan dapat melihat pendaftaran mereka di semua bank apabila mereka mengunjungi Perbankan Internet atau Mudah Alih mana-mana satu daripada bank mereka.

Pemindahan dana sehingga RM5,000 adalah percuma untuk semua pengguna dan perusahaan kecil sederhana (PKS). Pelanggan boleh melakukan pemindahan dengan mengakses tab DuitNow di bawah menu ‘Pemindahan Dana’ di saluran Perbankan Internet atau Mudah Alih bank masing-masing. Sesetengah bank juga akan mengetepikan caj transaksi DuitNow bagi pemindahan dana yang melebihi RM5,000.

“DuitNow merupakan fasa pertama dalam langkah beberapa tahun oleh industri perbankan untuk memodenkan infrastruktur pembayaran runcit di Malaysia. Usaha ini bertujuan memperkenalkan satu platform yang kos efektif, tangkas dan fleksibel bagi menyokong produk e-pembayaran yang inovatif dan baru bagi menyampaikan cadangan nilai pelanggan yang unggul,” tambah Encik Schiesser.

Bersempena dengan pelancaran DuitNow, satu peraduan akan dijalankan di seluruh negara bermula pada 8 Januari 2019, di mana pelanggan bank yang telah mendaftar untuk menerima dana melalui DuitNow akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai jutaan Ringgit. Peraduan ini akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup tanpa transaksi tunai dengan memberi ganjaran kepada mereka yang menggunakan transaksi DuitNow.

Sila layari www.duitnow.my untuk keterangan lanjut.

Mengenai Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet)  ialah rangkaian pembayaran infrastruktur berpusat bagi pasaran kewangan yang terulung di Malaysia. Kami mempelopori inovasi serta membina dan mengendalikan sistem pembayaran dan infrastruktur pasaran kewangan bertaraf dunia yang membolehkan pelaksanaan dan pembangunan sistem kewangan dan juga ekonomi keseluruhan Malaysia secara selamat, cekap dan boleh dipercayai. Bank Negara Malaysia (BNM) ialah pemegang saham terbesar PayNet, dengan 11 institusi kewangan utama di Malaysia sebagai pemegang saham bersama. PayNet juga berfungsi sebagai platform untuk memanfaatkan kerjasama dalam sistem perbankan Malaysia bagi mempercepatkan penggunaan pembayaran elektronik.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.paynet.my, atau hubungi:

Cik Amy Pang
E-mel: amy@paynet.my
Telefon: +603 2264 8689

No comments:

Post a Comment