Follow Us @lizaaryannazaara

Monday, December 17, 2018

Pembukaan Cawangan Pertama Jollibee di Malaysia!

December 17, 2018 1 Comments
Jollibee Buka Cawangan Yang Pertama di Malaysia - Chickenjoy dan hidangan terkenal yang lain dijangka memenuhi selera rakyat Malaysia. Hello hi Jollibee Fans!

 15 Disember 2018 – Jollibee, restoran yang menghidangkan Chickenjoy yang terkenal di seluruh dunia, hari ini dibuka secara rasminya di Malaysia dengan ramai pelanggan beratur selama berjam-jam untuk mendapat giliran mereka untuk menikmati hidangan Jollibee yang lazat. 

 Apa yang menarik minat pengunjung adalah ayam goreng Chickenjoy dari menu Jollibee yang rangup di bahagian luar dan enak di bahagian dalam. Hidangan ayam yang terkenal di seluruh dunia ini, Chickenjoy mendapat pujian daripada chef selebriti, mendiang Anthony Bourdain, serta pelbagai penerbitan antarabangsa seperti South China Morning Post dan Foodbeast. 

Picture Credit and Thanks to : curiostraveller.com
 Selain daripada ayam goreng yang lazat, para peminat di Malaysia juga boleh menikmati Jolly Spaghetti dari Jollibee – dengan sos cita rasa manis penuh dengan hirisan hotdog; dan Yumburgers – gabungan klasik kepingan daging Jollibee yang diperbuat daripada daging lembu 100% asli dan kuah burger istimewa.  

Picture Credit and Thanks to : yatieowner.com
 Peminat di Malaysia kini boleh mencuba menu jualan terbaik Jollibee di cawangan pertamanya di Center Point Sabah, Kota Kinabalu. Restoran ini dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. 

Jollibee merupakan jenama utama Jollibee Foods Corporation (JFC), yang menjadi syarikat restoran Asia yang terbesar dan paling pesat berkembang di dunia. Modal pasaran syarikat telah mencecah USD 6.1 bilion pada 7 Disember, 2018.  


Bermula dengan hanya dua buah kedai aiskrim. JFC telah berkembang sehingga melebihi 4,300 buah cawangan dan 14 jenis jenama meliputi 21 buah negara. Di Filipina, jenama Jollibee adalah lebih besar berbanding gabungan dua pesaingnya yang terdekat. Cawangan-cawangan Jollibee kini terdapat di 14 buah negara antaranya termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Itali dan Emiriah Arab Bersatu. Di Vietnam, Jollibee merupakan restoran makanan segera yang paling cepat berkembang dengan lebih 100 buah cawangan. Di Brunei, ia merupakan restoran makanan segera #1. Di Hong Kong dan Singapura, Jollibee telah berjaya menarik minat warga tempatan yang menjadi separuh dari pangkalan pelanggannya. 


“Ini adalah satu lembaran baru yang menarik bagi Jollibee sempena pembukaan cawangan pertama di Malaysia. Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk datang dan melihat sendiri bagaimana para peminat beratur panjang untuk menikmati hidangan yang lazat seperti Chickenjoy, serta layanan kami yang mesra,” kata Ernesto Tanmantiong, Ketua Pegawai Eksekutif Jollibee Foods Corporation.  

Pada bulan Oktober yang lalu, para peminat telah membanjiri cawangan terbaru Jollibee di London dan telah beratur sehingga selama 18 jam untuk menikmati hidangan Jollibee kegemaran mereka. Pembukaan sebuah lagi cawangan di Manhattan pada bulan November turut menyaksikan orang ramai telah sanggup beratur selama 20 jam dalam kesejukan dan hujan. 

 
“Makanan yang enak tidak mengenal sempadan. Selain di negara sendiri, Jollibee turut digemari di seluruh Asia dan benua-benua lain walaupun selera dan budaya mereka berbeza. Ini telah berjaya menjadikan kami sebagai syarikat restoran Asia yang paling pesat berkembang dan kami sangat gembira dengan sokongan yang diberikan. Sokongan ini memberi semangat untuk melakukan yang lebih baik untuk pelanggan dan sentiasa menghidangkan makanan yang lazat dengan layanan kami yang mesra,” kata Dennis Flores, Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa – Eropah, Timur Tengah, Asia, dan Australia. 
*Terbesar daripada segi modal pasaran, paling pesat berkembang daripada segi rangkaian cawangan 
 
Picture Credit and Thanks to : Facebook JollibeeMalaysia
Photo 1: Crowds of fans lined up for hours to get to eat Chickenjoy, Jolly Spaghetti, and other bestsellers at the opening day of the first Jollibee store in Malaysia.
 
Picture Credit and Thanks to : Facebook JollibeeMalaysia
Photo 2: Greeting the first customer were, from L-R, Shahzul Zulkefli, Restaurant Manager; Dennis Flores, President and Head of International Business – Europe, Middle East, Asia, and Australia – Jollibee Foods Corporation; Mohd Jamal Salleh, Director, Golden Beeworks Sdn Bhd; Chong Fook Seng Patrick, Director, Golden Beeworks Sdn Bhd; and Rodel Alcantara, Assistant Vice President and Market Head for Malaysia, Brunei, Singapore, and Europe. 

Tentang Jollibee Foods Corporation

Jollibee Foods Corporation merupakan syarikat restoran Asia yang terbesar dan paling cepat berkembang di dunia.

Ia beroperasi di 21 buah negara, dengan lebih daripada 4,300 kedai di seluruh dunia dengan cawangan di Filipina, Amerika Syarikat, Kanada, China, United Kingdom, Itali, Vietnam, Brunei, Singapura, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Kuwait, Bahrain, Indonesia, Costa Rica, Mesir, El Salvador, Panama and kini di Malaysia. Syarikat mempunyai 7 jenama milik penuh (Jollibee, Chowking, Greenwich, Red Ribbon, Mang Inasal, Yonghe King dan Hong Zhuang Yuan), 2 jenama francais (Burger King di Filipina dan Dunkin 'Donuts di wilayah-wilayah tertentu di China), pemilikan 85% dalam rangkaian Smashburger yang berpangkalan di AS dan pemilikan 60% dalam SuperFoods Group yang memiliki jenama Highland Coffee dan PHO24.

JFC mempunyai pelaburan dalam Titan Dining LP, entiti induk muktamad bagi Tim Ho Wan Pte. Ltd (Franchisee Induk Tim Ho Wan di rantau Asia Pasifik tidak termasuk Hong Kong); dan usaha sama perniagaan dengan Chef Rick Bayless yang telah memenangi anugerah untuk membina perniagaan restoran kasual segera Mexico di Amerika Syarikat. JFC baru-baru ini telah menandatangani perjanjian usaha sama untuk membuka Panda Express di Filipina.

Jollibee Foods Corporation telah dinamakan sebagai syarikat Filipina yang paling dikagumi oleh Asian Wall Street Journal selama lapan tahun berturut-turut dan diberi penghormatan sebagai salah satu daripada '200 Syarikat Terbaik Di Bawah Satu Billion di Asia' dan salah satu daripada 'Fab 50 Companies Asia' oleh Majalah Forbes Asia.

Jollibee Foods Corporation telah mengembangkan jenama yang membawa pengalaman menikmati hidangan yang menyenangkan kepada para pelanggannya di seluruh dunia, sejajar dengan misi untuk memberi makanan yang hebat dan menyebarkan kegembiraan makan kepada semua orang.


Tentang Jollibee
Jollibee adalah jenama utama Jollibee Foods Corporation. Terkenal dengan hidangan ayam goreng Chickenjoy, Jolly Spaghetti dan Yumburger, Jollibee adalah peneraju utama pasaran di Filipina, dengan rangkaian cawangan yang lebih besar berbanding gabungan dua pesaingnya. Jollibee merupakan QSR yang paling cepat berkembang di Vietnam dengan lebih dari 100 buah cawangan, dan QSR nombor satu di Brunei. Jenama ini juga telah menyaksikan kejayaan dalam memenuhi pasaran utama di Singapura dan Hong Kong di mana kira-kira separuh daripada pelanggannya terdiri daripada warga tempatan. Jenama telah memulakan pelan pengembangan antarabangsa secara pantas.

Jollibee mempunyai lebih daripada 200 buah cawangan antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Vietnam, Singapura, Brunei, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Kuwait, Bahrain, Malaysia, dan wilayah khas Hong Kong dan Macau.

Chickenjoy Jollibee telah dinamakan sebagai antara ayam goreng yang paling lazat oleh penerbitan yang dipercayai seperti South China Morning Post dan Foodbeast. Ia juga telah dinamakan sebagai antara rangkaian makanan segera antarabangsa yang teratas oleh Thrillist dan The Daily Meal.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Zulfadli Yusmar (zulfadli@bridgespr.com.my) atau Derek Fong (derek@bridgespr.com.my) di 03 – 79821750/51


HOTEL GRANDIS HOSTS ANNUAL CHRISTMAS TREE LIGHTING

December 17, 2018 0 Comments
Kota Kinabalu : Hotel Grandis ushers in the festive season with a calendar of delicious dining and funfilled entertaiment throught christmas and the New Year to celebrate the most joyous time of the year.



As a special highlight of the season, The Hotel's Christmas Tree Lighting Ceremonya welcomed the public on 12 December 2018 where the hotel is dressed to impress with holiday decors. The Ceremony was held in front of the hotel entrance where by-standers were able to enjoy the beauty of the 15-foot tall Christmas tree. Plenty of bright LED string lights were strung vertically on the Christmas tree, adding to the air of festivity.




This year, the hotel is very much pleased to have the Montfort boys from the Montfort Youth Training Center, perfoming popular Christmas carols to spread the joy of the festive month. The training center based in Kinarut is dedicated to the youth's welfare and development in providing character formation and industrial skills training. The Montfort Youth Training Center offers critical intervention to hundreds of Youth-in-need, to give them hope for a better future and a new lease of life. Further information can be found in their website www.montfortsabah.org

The hotel celebrates the festive season with bountiful Christmas offerings. Patrons are welcomed to dine in with loved ones in the family-friendly setting of Roses Cafe at RM108 nett per pax during Christmas Eve and day; buy 6 tickets and get 1 ticket free. Other offerings includes 6kg Roasted Turkey with traditional trimmings at RM488 nett per order, a 2kg roasted lamb leg with sides at RM338 nett per order. Interested individuals are encouraged to book their order at 088-522872 (Roses Cafe).








Christmas cookies and gingerbread houses are also available for purchase at the Piano Lounge, up until the 23rd of December 2018, from 12pm to 8.00 PM daily. The Piano Lounge is located on the hotel's first floor.















 The Grandis Hotel also like to urge our patrons to come to the fully decorated Roses Cafe to enjoy a wide array of local specialities as well as a delightful variety of holiday classics in New Year's Eve at RM128 nett per pax. For more information or to make a reservation, please contact Roses Cafe at 088-522 872.

Grandis Hotels & Resorts
Contact Mobile: +6016 837 7073
Tel.: +6088 522 872 (Rosea Cafe)