Follow Us @lizaaryannazaara

Monday, October 15, 2018

KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION

KAMAGI RIVERSIDE RETREAT & RECREATION, KG. KIBUNUT PENAMPANG, 
JALAN PENAMPANG-TAMBUNAN.


Tidak ramai yang tahu bahawa 28 km dari pusat bandaraya Kota Kinabalu, terletaknya lagi sebuah tempat pelancongan di Sabah yang korang kena pergi. Hanya 39 minit diperlukan untuk memandu ke Kamagi Riverside, melalui jalan lama Penampang-Tambunan. 



Jalan ke Kamagi Riverside, Penampang ni, semua jenis kereta pun boleh jalan. Jangan risau, sepanjang perjalanan banyak rumah-rumah kampung ditepi jalan. Jalan raya pun dalam keadaan yang baik.


Sampai ja kami disana, kami disambut mesra oleh pemilik tempat tersebut, iaitu Puan Rozie bersama suaminya. Cas kemasukan hanya RM5. Tetapi jika korang bermalam disana, cas kemasukan adalah PERCUMA.

Ni jambatan gantung pertama.


FASILITI KAMAGI RIVERSIDE

Rumah Penginapan
Dewan
Mini Kedai
Barbeque
Karaoke
Pondok
Kawasan Perkhemahan


Mini Kedai
Jambatan gantung ke2
Jambatan gantung yang menghubungkan dengan kampung sebelah

Tempat mendaftar
Dapur terbuka, dan tempat santai. Di dalam boleh lepak-lepak sambil barbeque
Pondok yang boleh disewa



Tandas diluar yang sangat bersih

Tempat barbeque diluar

RUMAH PENGINAPAN
 Rate 1 malam RM200. Tapi kalau korang pergi dalam 2, 3 orang harga boleh runding dengan owner. 
Dalam rumah semuanya lengkap. Ada katil, dapur, tandas, sofa, bantal, selimut, tilam tambahan, kipas, pinggan, mangkuk, gelas, tempat memasak dan macam-macam kemudahan asas yang biasa ada dirumah kita. So korang boleh bawa diri, pakaian dan barang-barang memasak ja ke sini. Kalau korang nak sewa sekali pondok pun boleh, cuma tambah RM50 sahaja. Di luar rumah pula ada meja-meja yang diletak disana, so bolehlah barbeque diluar kan. Makan ramai-ramai dengan family or kawan-kawan.

Bilik Penginapan

Tandas dalam rumah

DEWAN 
Dewan ni boleh buat birthday party, sukaneka, acara-acara jabatan, atau majlis-majlis lain yang bersesuaian. RATE sewa dewan hanya RM450 sahaja. Kerusi meja semua, owner yang sediakan. Macam biasa, harga boleh runding. Kalau dalam 30 orang tu owner bolehlah bagi RM300. Kalau mau karaoke pun owner boleh sediakan. 

Dewan
Puan Rozie menerangkan tentang fasiliti Kamagi Riverside
KAWASAN PERKHEMAHAN 
Kalau korang berhajat untuk berkhemah, kawasan perkhemahan adalah PERCUMA.
Bestnya disini, korang boleh mandi-manda dekat sungai tu, sungai tak dalam pun. Rendam-rendam kaki sambil bagi ikan makan pun boleh. Yang penting JANGAN MEMANCING sudah haha. Boleh buat aktiviti keluarga disini, sukaneka, aktiviti untuk budak-budak sekolah (sebab kawasannya memang tak merbahaya), dan tempat untuk tenangkan fikiran pun sesuai sangat pergi sini.

Okay boleh tengok gambar-gambar yang diambil oleh assistant saya. Ayue. Jemput datang dan jangan lupa SHARE ya. #visitsabah #tempatmenarikdisabah













Owner tunjuk cara panggil ikan.


Untuk keterangan lanjut, boleh kunjungi FB dan IG Kamagi Riverside atau untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus whatsapp nombor-nombor dibawah.

CONTACT NUMBER : 088-715 487
WHATSAPP : 
013-897 2449 (ENCIK GOUKUM @ MARTIN)
016-817 6139 (PUAN ROZIE)
016-837 8713 (ENCIK PAUL) 

4 comments: