Follow Us @lizaaryannazaara

Thursday, May 17, 2018

Marilah-mari berbuka di The Palace Hotel, Kota Kinabalu | Ramadhan Buffet

Assalamualaikum, puasa-puasa macam ni teringin sangat nak rasa masakan kampung kan? Tinggal di bandar ni susah sangat bah mau cari masakan kampung. Kebanyakkannya semua western style. Tapi di Palace Hotel, Kota Kinabalu semuanya ada. Wah rasa macam balik kampung gitu hehe.

Bertempat di Tangerine Restaurant, The Palace Hotel, pelbagai menu kampung yang tersedia. Sampai saya pun binggung bah mau makan yang mana duluan haha. Bukan terbarus ya, tapi cubalah kamu try makan disana, kamu pun tiba-tiba binggung tu mau makan apa duluan. Bukan setakat masakan bergoreng ja yg ada, panggang-panggang pun ada bah. Ikan bakar, sotong bakar, sate, daging bakar.. adoi punyalah bah bikin termimpi-mimpi haha. Orang cakap, sekali makan, mau lagi makan hahaha. Ulam-ulam sambal belacannya fuhh gilaa sedap bah balik-balik pergi ambil dengan muka yang ndatau malu. Namanya pun buffet kan jadi apa mau kisah orang tengok hahaha

Paling lagi rasa kampung disini, bila makanan tu semuanya fresh. Maksudnya, chef di sana tidak akan masak dalam kuantiti banyak sekaligus. Dia akan masak bila ada makanan yang mau habis sudah. Jadi disana, terjamin kualiti makanannya.

Dengan tema Marilah-mari, rasa terpanggil-panggil pula mau pergi sana balik haha. Bukan apa harga pun paling murah dan memang tidak rugilah makan disana. Jangan lupa bawalah satu kampung kamu pergi makan di sana, confirm nanti kampung sebelah pula ikut kamu makan sana hahaha.

Dibawah ni diantara gambar-gambar yang saya ambil masa makan disana. Jadi korang kalau terliur tu cepat-cepat booking tau sebab kalau awal booking akan dapat harga Early Bird. Untuk Booking atau sebarang pertanyaan boleh rujuk gambar paling last ok. See u next entry dan selamat berpuasa semua






























No comments:

Post a Comment