Follow Us @lizaaryannazaara

Thursday, March 29, 2018

Cuti-Cuti Sabah - Kampung Style : My Nurul Homestay | Ponohuan, Papar

March 29, 2018 5 Comments
Kampung Style : My Nurul Homestay | Ponohuan

Pertama kali jejak kaki ke sini, memang tak pernah terfikir untuk mengalami percutian singkat yang tersangatlah best dan bermakna. Lebih kurang 45 minit daripada tempat tinggal saya sendiri, (Lokkawi Height), rupanya ada tempat yang sungguh mendamaikan. Jauh daripada kesibukan bandar dan memang tak dinafikan, sepanjang perjalanan terbayang-bayang mungkin tempat ni sama seperti tempat lain yang pernah jejaki. But guess what???? Sampai ja di Ponohuan, rasa nak menjerit hahhaha. Mana yang selalu stress, nak jauh dari suasana bandar, nak ketenangan tempat ni PALING SESUAI untuk korang Release Tension!!

Dengan keadaan Kampung Style, Sungai yang tersangatlah cantik dan Suasana yang sangat mendamaikan, membuatkan kami sekeluarga terlebih excited hahaha. Lebih-lebih lagi part tempat tinggal yang sangatlah comel dan kreatif. Kalau korang nak tahu, struktur penginapan yang dibina di My Nurul Homestay kebanyakkannya menggunakan bambu 99%. Waaaahhhh dapat tak bayangkan? selama ni tak pernah tinggal rumah jenis macam tu, bila dapat tinggal, punyala jakun semacam hahahaha. 

12.00 Tepat kami sekeluarga tiba di My Nurul Homestay, Ponohuan. Dan masa tu ramai sangat pengunjung lain yang turut berada disana. Wah happening sangat. Ada yang tengah duduk ramai-ramai sambil main gitar, ada yang tengah buat barbeque, ada yang tengah bermain di My Nurul Open Gym dan ada yang tengah duduk-duduk di tepi sungai dengan rakit. OMG !!!!! nak gambarkan pun excited, apatah lagi ketika berada disana. Masuk saja Homestay yang telah disediakan oleh Pihak Nurul semuanya sibuk jenguk-jenguk rumah dari luar sampai dalam, dari dapur sehinggalah ke tandas dan tingkat atas hahaha. Comel gila homestay My Nurul ni. Lengkap dengan segala keperluan basic. Nak masak dalam rumah pun boleh. Nak barbeque kat tepi sungai pun boleh tau.

Selesai makan, apa lagi kitaorang terus menuju ke sungai sebab anak-anak buah yang turut sama, semuanya tak sabar nak terjun sungai haha. Yang bestnya. tempat ni ada part-part  yang orang dewasa boleh mandi dan tempat khas untuk kanak-kanak mandi. Of Course tempat dewasa tu bahaya untuk kanak-kanak. dan satu lagi My Nurul Homestay sangat-sangat menitikberatkan soal keselamatan. Setiap tempat ada guide yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan para pengunjung. 

Entrance FEE 
RM5 - 13 tahun ke atas
RM2 - 13 tahun ke bawah - 7 tahun
PERCUMA - 6 tahun kebawah

Dengan entrance fee yang sangatlah murah tu, tu korang boleh guna semua facility yang disediakan disana. Seperti, Open Gym, Life Jacket, Tempat Barbeque, Pondok Ruang Solat dan macam-macam lagi. Bagi pengunjung yang tak ada kenderaan contohnya yang datang dari Semenanjung, Sandakan, Tawau atau dari mana-mana tempat yang berada luar daripada kawasan Papar, My Nurul Homestay juga menyediakan pengangkutan daripada Kota Kinabalu ke My Nurul Homestay dengan rate yang sangat berbaloi:

 1-3 Orang RM80
10-14 orang RM400 


Nak booking boleh direct contact My Nurul Homestay di talian +60177053872 atau boleh juga email mynurulhomestay@gmail.com

Bagi Homestay yang kami tinggal rate semalam adalah RM180 dan boleh muat seramai 10-12 orang. Peralatan dapur semua telah disediakan, korang cuma perlu bawa barang untuk dimasak sahaja. Oh ya kat sana juga ada cafe yang disediakan, kalau malas nak masak, beli ja di cafe tu. Senang hidup hehehe. Bagi yang datang 4, 5 orang tu ada Homestay best untuk korang tau, nak tahu Homestay apa? Ponohuan Tree House. Rumah atas pokok. Korang boleh klik entry kat sini rumah atas pokok untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan rumah atas pokok tu.

Okay rasanya tak lengkap kalau korang just baca ja pengalaman saya ni tanpa datang dan alami sendiri keadaan disana. Korang WAJIB pergi PONOHUAN MY NURUL HOMESTAY!!! dan dibawah ni terdapat sedikit sebanyak gambar sepanjang berada disana. See you next entry readers... Assalamualaikum
























Monday, March 12, 2018

Cover Search 2018 | Grand Finales | Parent Avenue

March 12, 2018 1 Comments
Cover Search 2018 yang telah dijalankan selama 3 hari 9-11 Mac 2018 bertempat di Main Atrium,  Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu telah mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada peserta mahupun orang ramai.

Melihat kepetahan dan kecerdikan anak-anak kecil bergaya ala-ala model, kecomelan anak-anak kecil yang berusia 18bulan kebawah dan kecantikkan ibu-ibu yang sedang mengandung telah membuatkan orang ramai sangat teruja julung kalinya dengan acara seperti ini.

Terdapat banyak aktiviti yang telah dijalankan selama 3 hari berturut-turut. Diantaranya ialah :

Tetapi apa yang lebih menarik terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu :

*Category A*
(Newborn to 18 Months)

*Category B*
(5yrs to 12 yrs) 

*Special Pregnant Mom Category*

Jom tengok gambar sepanjang pertandingan diadakan 
*Special Pregnant Mom Category*

*Category B*
(5yrs to 12 yrs) 

*Category A*
(Newborn to 18 Months)

Persaingan yang sungguh sengit daripada semua peserta membuatkan peserta dan orang ramai tidak sabar untuk menunggu keputusan rasmi daripada juri-juri profesional.

Pemenang-pemenang juga akan membawa hadiah seperti berikut :


Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman pemenang telah diumumkan pada jam 4.00 petang di hari yang sama. Jom tengok siapa yang menang ...

Category A
(Newborn to 18 Months)

Winner: Travis Xavier
1st runner up: Zephaniah Isley
2nd runner up: Tristan Lim

Category B
(5yrs to 12 yrs) 
Winner: Quenisha Lo

1st Runner up: Umaiyaal Theui Ramu

2nd Runner up: Avan Sundavan

Special Pregnant Mom Category



Winner: Chloe Nicole Majinbon
AND THE WINNER FOR THE BEST DRESS IS 


TAHNIAH ! kepada semua pemenang, dan Tahniah juga kepada Parents Avenue Magazine yang telah menganjurkan program sedemikian. Banyak manfaat sepanjang program ini berlangsung dan diharap pihak PARENTS AVENUE MAGAZINE dapat mengekalkan aktiviti yang sangat menarik ini.

See ur Next Year ....

Friday, March 9, 2018

LEE KUM KEE COOKING CARAMEL PILIHAN SIHAT UNTUK SEISI KELUARGA

March 09, 2018 0 Comments


Jenama yang tidak asing lagi di pasaran yang terkenal dengan rangkaian sos  masakannya, Lee Kum Kee kini memperkenalkan satu lagi keluaran produknya yang diyakini selamat dan berkualiti tinggi.

Lee Kum Kee Cooking Caramel diperbuat daripada Karamel Kelas 1, iaitu gred tertinggi dalam empat pengelasan karamel kerana ianya diproses secara minimum tanpa sebarang penambahan sebatian kimia. Selain daripada itu, produk ini juga bebas dari sebatian 4-methylimidazole (4-MEI) yang berbahaya.


Dihasilkan melalui piawaian kawalan kualiti yang paling ketat dan hanya menggunakan Karamel Kelas 1, Lee Kum Kee Cooking Caramel juga tidak mengandungi sebarang bahan pengawet. Dengan jaminan ini, pengguna boleh menyediakan hidangan kegemaran keluarga mereka tanpa was was.


Dengan penambahan sos Lee Kum Kee Cooking Caramel ke dalam masakan anda, ianya akan menambah baik penampilan masakan dengan warna yang lebih menarik serta memberikan aroma dan rasa yang secukupnya tanpa menimbulkan rasa pahit yang biasa dikaitkan dengan sos memasak berkaramel. Tambahan pula, sos ini juga sesuai digunakan untuk resipi tumisan di mana karamel masakan ini memberikan warna coklat kemerah-merahan yang menjadikan sesuatu juadah itu sukar untuk ditolak.



Syarat kualiti yang paling ketat ini menjadikan Lee Kum Kee – pengeluar sos tiram dan peneraju dalam sos Cina autentik – satu jenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sos berkualiti yang menambah keenakan hidangan makanan Cina, sama ada untuk masakan di rumah yang dimasak dengan penuh kasih sayang mahu pun yang disediakan secara profesional oleh chef.

Lee Kum Kee Cooking Caramel yang baru ini menjadikan hidangan kelihatan lebih menarik dengan warna yang menyelerakan sambil memberi keyakinan dan kepuasan kepada pengguna kerana ia selamat dan bebas dari 4-MEI,” kata May Lim, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Timur Tengah dan India di Lee Kum Kee (M) Sdn. Bhd.



"Produk ini dihasilkan di kilang serantau kami yang diperakui Halal di Shah Alam dan diperbuat daripada ramuan dari gred terbaik di mana keselamatan makanan adalah keutamaan bagi kami. Di Lee Kum Kee, kami sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti sos kami supaya pengguna dapat menikmati cita rasa yang autentik secara selamat dalam masakan mereka," tambah May.

Lee Kum Kee Cooking Caramel dijual pada harga runcit RM5.50 (350ml) dan RM10.50 (740ml) dan boleh didapati di pasar raya mini, pasar raya dan pasar raya besar terpilih di seluruh negara.