Follow Us @lizaaryannazaara

Tuesday, January 16, 2018

RINDU KE?




Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hai hai rasa lama sangat tak update blog ni kan. Ada yang rindu ke? hehehe apa-apa pun nak ucap jugalah Salam 2018 tahun baru buat kita semua. Ada apa-apa plan tahun lalu yang belum tercapai? Kalau ada, bolehlah sambung tahun ni ya hehehe.

Bagi saya pula, macam biasa perancangan tu memang banyak tapi buat slow and steady. Slow and Steady tak bermaksud hasilnya kureng tau, tapi ikut kemampuan yang kita ada. Mampu buat, teruskan tak mampu berehat sekejap dan rangka balik strategi yang baru. Yang penting jangan pernah berhenti. Sebab masa juga tak pernah berhenti melainkan mati!

Tahun 2018 ni adalah tahun yang mencabar sikit buat saya sebab dah start bisnes balik kena sediakan enjin yang laju. Sebab orang dah start awal dulu, saya pula on/off haha. Tak apa, Allah dah atur setiap hamba itu punya rezeki sendiri. Alhamdulillah baru sebulan Brand Le Zaara bertapak, tudung dah terjual 180 helai. Syukur Alhamdulillah, mungkin angka tu tak seberapa, tapi besar nilainya bagi saya yang baru nak UP ni hehhe. Itu pun dengan bantuan beberapa agen.

Oh ya, bercakap tentang agen ni, pihak kami ada menyediakan 1 program untuk para wanita yang ingin berniaga dengan modal yang sangat minimum. Nak tahu apa dia? Tunggu next entry ya. Assalamualaikum .


4 comments:

  1. rindu angat2 haha, azam tahun lalu dah tercapai "kahwin" tahun ni nak ada anak..harap2 makbul la hahaha..slm 2018 lizaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin shaaa.aku doakan ko cepat dapat baby comel okeyyyy .... amin

      Delete
  2. rindu of course. semoga dipermudahkan semua urusan mu babe. :)

    ReplyDelete
  3. insyallah dimurahkan rezeki selalu babe =D 180 helai tu banyak juga tu !!! insyallah terus meningkat dan sukses k =) amin ya rabb

    ReplyDelete