Follow Us @lizaaryannazaara

Saturday, January 20, 2018

PETUA MENGHALAU LIPAS



Assalamualaikum gaiss..

Harini saya nak cerita pasal binatang yang paling saya takut dalam dunia. Haha. Tapi serius bab-bab lipas ni saya sangat fobia. Lipas seekor je dalam rumah, akan buat saya tak tido semalaman, selagi lipas tak jumpa dan bunuh!!

Tapi bukanlah nak cerita pasal ketakutan saya dengan lipas tu, cuma nak cerita petua halau lipas dari rumah, supaya hidup aman sentosa. Hihihi

Sebelum tu nak bagitau, kalau korang jumpa lipas dan dah pukul lipas tu sampai mati, cepat-cepat buang lipas tu dari dalam rumah dan bersihkan 'tempat pembunuhan' tu. Kalau korang lambat, lagi banyak parasit-parasit baru yang menjadi penghuni rumah korang. Ini kerana perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup walaupun diluar daripada tubuh lipas. Bila cacing tu da keluar, mulalah dia cari port baru untuk menetap.

Bahayanya cacing ni sebab mampu masuk melalui pori-pori kulit kita dan masuk celah2 luka daripada tubuh kita. Dan kalau cacing tu dah masuk dalam kulit kita erkkkkkk bayangkanlaaaaaaahhh omg.... tak sanggup nak cerita lanjut. Boleh pengsan 😂

So, jom baca apa petua yang boleh dilakukan untuk menghalau lipas dari dalam rumah.

1) Ambil sebuku sabun dan potong dadu. Kemudian letak disetiap tempat yang ada lipas.

2) Potong dan hiris lemon, kemudian letak dikawasan yang ada lipas. Tukar lemon jika lemon sudah kering.

3) Buah pelaga pun boleh digunakan untuk menghalau lipas atau mengelakkan daripada kedatangan lipas.

4) hujung timun juga boleh digunakan sebagai perisai kita dalam menghadapi tentera-tentera lipas. Hanya letak hujung timun ditempat yang banyak lipas. Lipas akan mati beramai-ramai.

Okay ada 4 cara yang korang boleh pilih, nak guna yang mana satu. Hehe. Kalau saya jenis yang penakut tahap nak pengsan ni, rasanya semua yang diatas tu saya akan buat hahahhaha...

Cubalah.... pasti berjaya...

2 comments:

  1. omagee! tak tahu pun sebelum ni, 4 benda diatas boleh menjadi kegunaan untuk menghalau lipas. tq share babe! lepas ni akan ku cuba. biar lipas ndak berani masuk sekalipun. hahaha.

    ReplyDelete
  2. babe..aritu aku sembur guna ridsect tuk lipas tu..ada kali dlm 10mati..2hari pastu ada 3ekor mati..sampai skrg xda lagi.hahaha.suka pulak aku.klu ada lagi, aku sembur jak.

    petuanya : sembur guna ridsect pastu letak ridsect di tempat kita sembur tu..wakakak

    ReplyDelete