Follow Us @lizaaryannazaara

Wednesday, January 24, 2018

CARA CANTIKKAN KULIT DENGAN TOMATO


Assalamualaikum, zaman sekarang banyak sangat produk kecantikkan wajah yang membanjiri pasaran, sampai kadang-kala kita sendiri pun tak tahu nak pilih yang mana kan? Apa kata kita cuba cara semulajadi pula. Mungkin dah ramai yang lupa cara ni, tapi saya kongsikan semula untuk rujukan korang.

TOMATO + GULA

- Basuh muka mengunakan air suam
- Kemudian potong tomato. Potong 2 kalau nak jimat
- Ambil tomato dan tekapkan pada gula. Kemudian gosok pada muka. Jangan gosok kuat-kuat tau.
-Biarkan 5 minit kemudian bilas dengan air dan keringkan muka

TOMATO YANG DIBEKUKAN

- Gunakan tomato yang dah dibekukan, dan gosok pada muka. Gosok sampai tomato habis tau.
- Kemudian bilas macam biasa mengunakan air suam dan keringkan

TOMATO MASK

- Pilih tomato yang dah masak kemudian lenyekkan tomato tersebut
- Sapu pada muka sehingga rata
- Biarkan selama 15-20 minit
- Kemudian bilas dan keringkan muka korang

*Cara pertama dan ketiga boleh diamalkan 2 kali seminggu. Cara kedua tu pula boleh amalkan setiap hari. Amalkan sebelah pagi dan malam. Confirm muka korang gebu gebas berseri-seri bak pengantin hehehe

Guna bahan semulajadi ni bagus, sebab tak ada campuran bahan-bahan lain yang sememangnya kita tak tahu pun, selama kita pakai produk kat luar tu,  ianya selamat atau tak pada muka kita. Kalau bahan semula jadi ni sah-sahla selamat sebab buah yang kita makan kan. Kecuali lah kalau korang alergic dengan buah tomato ni hehehe.

Lagipun jimat tak mahal, dulu saya suka sangat makan tomato ni macam tu je. Sekarang da lupa nak makan,sebab asyik guna dalam masakan je hahaha. Okat selamat mencuba dan semoga berjaya 😘

4 comments: