Follow Us @lizaaryannazaara

Friday, November 9, 2018

Kelilingi Dunia dengan SOULed OUT Kota Kinabalu!

November 09, 2018 0 Comments


SOULed OUT Kota Kinabalu membawa pelanggannya menyertai perjalanan kuliner di seluruh dunia dengan menu baharu yang memperkenalkan pelbagai perasa antarabangsa kepada destinasi santai di pinggir air yang popular.
Dengan sejarah menjangkaui lebih daripada dua dekad dalam industri makanan Malaysia, kumpulan restoran SOULed OUT sememangnya terkenal dengan SO Lip-Smacking Food yang menginspirasikan pelanggan setia untuk mengesyorkannya kepada rakan dan keluarga. Sebagai salah satu daripada lima pemegang francais SOULed di seluruh Malaysia, SOULed OUT Kota Kinabalu mengalu-alukan lebih daripada 30 penambahan baharu dalam menu mereka sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya bagi menaikkan proposisi makanan yang menceriakan yang membentuk asas jenama tersebut.
"Penambahan menu ini berkait dengan pemasukan dan merangkul pelbagai masakan dari seluruh dunia. Kami ingin memenuhi pelbagai profil rasa yang lebih luas, jadi biarpun apa jua yang anda ingini, anda pasti menemuinya di SOULed OUT Kota Kinabalu. Kami sangat teruja dengan menu baharu dan berbangga dengan perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan ini dengan pemilik francais Anthony dan Janet." kata Cassie Wong, Ketua Pemasaran bagi Kumpulan SOULed OUT.
Daripada sajian klasik vegetarian asli yang sahih seperti 'Kakiage' dan 'Kari Terung', hingga ke interpretasi moden ke atas makanan yang menceriakan merangkumi 'Mi Hokkien', 'Pasta Beef Ragout' dan 'Pai Biri-biri', sajian baharu membawa pelbagai hidangan paling ikonik dari seluruh dunia ke SOULed OUT.

















Berkenaan Minuman Thirst-Quenching SO pula, lapan minuman koktel dan minuman tanpa alkohol yang unik lagi menarik seperti 'Jackfruit Mojito' dan 'Coco Pandan Smoothie' akan memenuhi citarasa serta mencetus senyuman di kalangan para penggemar minuman. Bagi mereka yang menggemari sajian manis, menu baharu memperkenalkan enam pencuci mulut dengan nama-nama terinspirasi pop-budaya seperti 'The Yoda' dan 'Pink Panther' yang pasti menjadi hit di kalangan anak-anak dan orang dewasa.




Rombakan ini di SOULed OUT Kota Kinabalu menandakan penggunaan menu baharu di semua restoran SOULed OUT. Pihak yang berminat boleh menghubungi 088 275 922/016 829 9268 untuk tempahan di SOULed OUT Kota Kinabalu.



SOULed OUT Kota Kinabalu
G-101, Imago Shopping Mall, KK Times Square Phase 2,
Off Jalan Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

t : 016 829 9268
f : 088 275 922
w : souledout.com.my

        
@souledoutkk  @mysouledout

Waktu Beroperasi  :         Tengahari hingga tutup

Tuesday, October 30, 2018

Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat

October 30, 2018 0 Comments


Kota Kinabalu, 30 Oktober 2018 – Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes.

Pemakanan memerlukan keseimbangan. Obesiti sering dikaitkan dengan tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa.  

Faktor budaya juga menjadi salah satu sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia. Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi, selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka.  

Sebab itulah Ayam Brand™, jenama pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.

Kempen kebajikan pada tahun ini bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif. Aktiviti ini dapat membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan membentuk tubuh secara positif.


Ayam Brand™ menyatakan bahawa sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak.  

Sudah memasuki tahun kesebelas, Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482 pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000 hidangan makanan yang sihat dan mudah!  

Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam Brand, Stanley Wang berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”

Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.







Kanak-kanak amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia. Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman web www.ayambrand.com.my untuk mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak.

Kelapa pula telah mencapai status makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya. Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari makanan berlemak seperti Nasi Lemak.

Sebahagian daripada Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus, timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri bengkel ini juga belajar tentang sukatan yang betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat.

“Ramai rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang  sebagai amalan sejak anak-anak masih kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia mudah dan boleh dilakukan di rumah,” kata Stanley Wang





Rumah Amal Kasih Kingfisher, Seri Mengasih, Sabah Cheshire Home dan Pusat Kebajikan Care Haven dari Sabah menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Menurut wakil dari Rumah Amal Kasih Kingfisher, Pn Nooraisah, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian mereka.  

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Rumah Amal Kasih Kingfisher untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.

“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Rumah Amal Kasih Kingfisher tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Pn Nooraisah.

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.


Saturday, October 27, 2018

D SQUARE STEAMBOAT & CAFE @STADIUM PENAMPANG

October 27, 2018 0 Comments
Siapa hantu Steamboat tu wajib pergi makan di sini. Harga murah berbaloi tau. D Square Steamboat & Cafe terletak di sebelah Stadium Penampang, so tak susah cari dan parking pun banyak. Nak terus basuh kereta pun boleh tau. Sebab sebelah restoran ni ada CT Car Wash.





Beroperasi seawal jam 
5 petang - 11 malam. 

Harga pun sangat-sangat berbaloi hanya RM28 (dewasa) & RM15 (kanak-kanak 6 tahun keatas) 5 tahun kebawah FREE ya. MAKAN SAMPAI PUAS!!! 


Restoran ni baru saja beroperasi pada 1 Oktober yang lalu. Pemiliknya adalah Mrs. Alia org yang kecil molek, peramah dan murah hati sangat. Kitaorang bawa anak-anak yang tak kuat makan ni, dia bag FREE je alhamdulillah, semoga bertambah murah rezeki puan. 

Makanannya pula sedap-sedap sampai lupa ambil gambar masa awal-awal datang haha. Ni pun ambil gambar dipertengahan masa makan.

Yang lebih berbaloinya makan disini, bukan setakat kita makan sampai kenyang ja tau tapi, setiap RM yang korang bayar tu, owner akan salurkan kepada BUKIT HARAPAN OKU HOUSE INANAM dan the TAMBUNAN ANAK YATIM ORPHANAGE HOUSE. Alhamdulillah .. 










Disini selain steamboat, korang juga boleh panggang-memanggang. Ikan segar-segar kena panggang fuhhhh sedappppp. . Tengok owner sendiri yang tolong panggang tau. Kalau korang nak panggang sendiri pun boleh juga. Jaga hangus sudahlah ya haha. 




Okay ni saja untuk kali ni. Untuk keterangan lanjut, atau nak booking tempat boleh whatsapp owner sendiri.

Mrs. Alia 019 833 1333

Monday, October 22, 2018

WAJIB tahu apa itu DuitNow!

October 22, 2018 2 Comments

DuitNow – Cara Baru untuk Membayar – Bayar ke Nombor Telefon Bimbit secara Serta-Merta

Para pelanggan Bank akan menikmati perkhidmatan pembayaran baru yang pantas, mudah dan percuma untuk pengguna individu dan perusahaan kecil sederhana (PKS) tidak lama lagi. Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan bank-bank di Malaysia akan melancarkan DuitNow, perkhidmatan yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang secara serta-merta dan selamat dengan menggunakan nombor telefon bimbit penerima.


DuitNow bakal mengubah landskap pembayaran di Malaysia dengan menyediakan kemudahan, kecekapan dan ketersediaan dana segera yang tiada bandingannya dalam 24 jam sehari. Lonjakan besar dalam pembayaran elektronik ini berupaya mengurangkan pertikaian dalam pembayaran dan perdagangan dan akan bertindak sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

Dengan berkongsi nombor telefon bimbit, pengguna DuitNow yang berdaftar boleh menerima dana dengan mudah dan secara serta-merta tanpa memberikan nombor akaun bank mereka kepada pembayar.

Pelanggan yang ingin menerima pembayaran dengan menggunakan nombor telefon bimbit mereka hanya perlu melakukan pendaftaran satu kali untuk mengaitkan nombor telefon bimbit kepada nombor akaun mereka. Selain nombor telefon bimbit, pelanggan bank juga boleh memilih pengenal pasti yang lain – nombor Kad Pengenalan MyKad atau MyPR, nombor Tentera atau Polis, nombor pasport atau nombor pendaftaran perniagaan – untuk dikaitkan kepada akaun bank mereka bagi penerimaan wang.

Pendaftaran satu kali diperlukan untuk menerima pembayaran, namun pelanggan bank tidak perlu mendaftar untuk menggunakan DuitNow apabila melakukan pembayaran. Selepas pelancaran DuitNow pada Disember 2018, pelanggan boleh melakukan pembayaran dengan mengakses DuitNow di bawah menu ‘Pindahan Dana’ (Funds Transfer) dari saluran Perbankan Internet dan Mudah Alih bank masing-masing. Pembayaran sehingga RM5,000 adalah percuma untuk semua pengguna dan PKS.

Pelanggan bank boleh mengakses DuitNow hanya melalui saluran Perbankan Internet dan Mudah Alih bank mereka yang selamat. Sebagai tambahan, bank akan melindungi kerahsiaan data pengguna yang digunakan dalam DuitNow sejajar dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

"DuitNow membolehkan pelanggan bank menerima pembayaran tanpa mendedahkan nombor akaun bank mereka,” kata Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, pembekal infrastruktur pasaran kewangan nasional.

" Bagi mereka yang melakukan pembayaran, mereka hanya memerlukan nombor telefon bimbit penerima, yang mereka mungkin sudah ketahui. Pada masa akan datang, agensi kerajaan dan perniagaan boleh melakukan pembayaran dengan menggunakan nombor MyKad,” tambah Encik Schiesser semasa taklimat kepada pihak media.

DuitNow akan dibuka kepada orang ramai pada Disember 2018. Pada masa ini, tujuh bank telah mengambil inisiatif menghubungi pelanggan mereka sebagai langkah pra-pendaftaran supaya pelanggan tersebut dapat meraih manfaat daripada perkhidmatan pindahan dana yang baru ini. Dengan pra-pendaftaran ini, pelanggan mempunyai pilihan sehingga 30 November 2018 untuk menarik diri daripada memautkan nombor telefon bimbit mereka.

Pra-pendaftaran disediakan untuk kemudahan pelanggan supaya mereka boleh menerima dana dengan lancar. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh menarik diri jika mereka ingin berbuat demikian. Pelanggan perlu yakin bahawa bank-bank di Malaysia memberi keutamaan tinggi dalam menjaga kerahsiaan dan melindungi privasi pelanggan.

Bermula 8 Disember 2018, pelanggan juga boleh melakukan pendaftaran permulaan bagi DuitNow melalui platform Perbankan Internet dan Mudah Alih bank mereka. Pelanggan juga boleh membatalkan pendaftaran sedia ada atau memautkan nombor telefon bimbit atau pengenal pasti lain kepada bank atau akaun yang lain.

 “Kami menamakan perkhidmatan ini sebagai DuitNow bagi memberi penekanan bahawa pembayaran berlaku dengan segera dan penerima lazimnya menerima wang ke dalam akaun bank secara serta-merta,” kata Schiesser.


"Pelancaran DuitNow akan memberi lonjakan besar dan nilai tambah dalam pasaran e-Pembayaran, menjadikannya saluran yang pantas, lancar dan mudah untuk memenuhi permintaan segera dalam dunia yang semakin digital dan terhubung,” tambah Encik Schiesser.

Sila layari www.duitnow.my untuk keterangan lanjut.

Mengenai Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) ialah rangkaian pembayaran infrastruktur berpusat bagi pasaran kewangan yang terulung di Malaysia. Kami mempelopori inovasi serta membina dan mengendalikan sistem pembayaran dan infrastruktur pasaran kewangan bertaraf dunia yang membolehkan pelaksanaan dan pembangunan sistem kewangan dan juga ekonomi keseluruhan Malaysia secara selamat, cekap dan boleh dipercayai.

Bank Negara Malaysia (BNM) ialah pemegang saham terbesar PayNet, dengan 11 institusi kewangan utama di Malaysia sebagai pemegang saham bersama. PayNet juga berfungsi sebagai platform untuk memanfaatkan kerjasama dalam sistem perbankan Malaysia bagi mempercepatkan penggunaan pembayaran elektronik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.paynet.my

Atau 

hubungi: Cik Amy Pang 
E-mel: amy@paynet.my 
Telefon: +603 2264 8689