Follow Us @lizaaryannazaara

Thursday, December 14, 2017

5 PERKARA MENYEBABKAN ANDA "DIPERGUNAKAN" DISEBABKAN SIKAP ANDA SENDIRI

December 14, 2017 2 Comments

5 PERKARA MENYEBABKAN ANDA "DIPERGUNAKAN" DISEBABKAN SIKAP ANDA SENDIRI.

Perasan tak orang baik selalu dipergunakan ? Mereka banyak membantu orang lain akhirnya mereka berakhir dengan rasa kesunyian dan serba salah. Ahli psikologi mendapati 10 perkara yang sebenarnya menyebabkan diri kita dipergunakan, tetapi hari ini saya nak share 5 perkara sahaja.

Menariknya ini adalah disebabkan TINGKAHLAKU SENDIRI membiarkan anda DIPERGUNAKAN. Ini adalah kebiasaan kita lakukan yang menyebabkan orang lain tidak menghormati diri kita dan tidak mendengar cakap kita

1. Needless Self Sacrifice. 

Kita menunda kemahuan kita sendiri dengan tidak mendesak masa orang lain.

"Eh tak apa, take your time !"
"It's okey, bila bila you ada masa nanti"

Individu ini akan rasa serba salah, sekiranya mendesak orang lain. Mereka memahami dan memberikan masa, ruang untuk seseorang itu. Akhirnya diambil kesempatan. Tingkahlaku itu, sebenarnya telah membuka peluang untuk orang lain melakukan perkara sebegitu berulang-ulang kali dan menyebabkan akhirnya kita kecewa.
2. A Lack Of Self Respect 

Individu ini mempunyai "keyakinan diri" yang sangat rendah.

"Aku dah pesan banyak kali dah, bodohnya kau ni !" "Hmm. Maaf saya tak sengaja, saya buat balik."

Mereka membiarkan atau membenarkan diri kita dimaki, dimarahi. Rata-rata individu sebegini tidak yakin atau berani mempertahankan diri sendiri (Stand Up For Yourself) oleh kerana keyakinan sangat rendah.
3. Seeking Approval From Others

Individu yang "rasa" diri mereka "berhak" mendapat pujian atau rasa harus "dipuji" oleh orang lain diatas "kebaikan" dan perkara yang mereka telah lakukan.
"Aku dah bagi ilmu, dan mereka langsung tak menghargai aku!"

Akhirnya individu ini akan mendapati orang lain menjauhkan diri daripada mereka oleh kerana sikap individu itu tersendiri.
Tidak perlu untuk anda lakukan sesuatu perkara hanya mendapatkan pujian. Lakukan kerana ikhlas dan jangan takut untuk dikritik adalah paling penting bukan pujian orang lain kepada kita tetapi tentang bagaimana kita menghargai diri sendiri selepas melakukan sesuatu kebaikan tersebut.

Kelemahan ini akan membuatkan anda dipergunakan dengan individu lain bermain dengan emosi anda sendiri.
4. Thinking That The Problem Is Only Yourself

Individu ini suka menyalahkan diri sendiri atas sesuatu perkara berlaku mereka mengambil 100 peratus kesalahan itu meletakkan pada diri mereka sendiri,

"Ini semua salah aku."
"Punca semua ni disebabkan akulah"

Tiada guna kita menyalahkan diri kita sendiri dan terus menyeksakan dengan kesalahan yang telah berlaku. Ini membuka peluang untuk orang yang bersama anda akan menggunakan kelemahan anda tersebut untuk dipersalahkan.

Sebaiknya daripada menyalahkan diri sendiri atau orang lainnadalah lebih baik kita mencari solusi dan fokus kepada usaha untuk penambahbaikan.
5. You Don't Limit What's Acceptable

Kita memaafkan orang lain oleh kerana perkara tersebut adalah "alasan" lebih mudah untuk dilakukan daripada kita mempertahankan nilai diri kita.

Apabila seseorang melakukan sesuatu yang tidak beradab atau kurang ajar kita lebih cenderung untuk memaafkan kerana itu salah satunya cara minda kita menyalurkan emosi untuk memarahi mereka semula.

Sebenarnya anda tidak perlu memarahi mereka semula, tetapi tidak pula untuk menerima 100 peratus apa yang orang lain melakukan ke atas diri kita.

"Stand For Yourself" atau mempertahankan prinsip hidup bukanlah tanda anda seorang yang lemah tetapi menunjukkan anda mempunyai "Harga Diri" yang jelas. Jika anda membiarkan perkara ini akan berulang ulang, maka orang lain akan mendapati anda "kononnya" adalah seorang yang "pemaaf".

Walhal itulah akan memberikan peluang untuk mereka melakukan sekali lagi. Maaf dan mempertahankan diri adalah 2 perkara yang berbeza. Maaf juga perlu bertempat bukan menggunakan perkataan "maaf" itu sebagai salah satu alasan untuk tidak pertahankan diri sendiri.
Ya. Itulah 5 perkara yang menyebabkan anda akan digunakan atau orang lain mengambil kesempatan ke atas diri anda. Bukan kerana sikap orang lain juga tetapi kerana kita membiarkan atau membenarkan kita di "buli" oleh orang lain. So anda dibuli atau dibiarkan dibuli ?
Saya nak kongsikan lagi 5 perkara lagi, dan cara yang kita boleh lakukan bagi mengelakkan kita menjadi "mangsa" buli atau "membenarkan" diri kita dibuli.
Bantu saya share dan like posting ini ✓
Nota Comel : Aku dulu juga selalu dibuli masa zaman sekolah, skearang aku lebih faham rupanya aku membiarkan diri aku "dibuli" oleh mereka. Aku susah cakap "NO" dulu. Tergamaknya mereka buli budak yang comel dan babyface macam aku ni dulu. tak kesian ke ? 😩
Personal Motivator Founder

**NAK TUDUNG FREE? KLIK LINK NI TUDUNG FREE

Monday, December 11, 2017

CONTEST ON INSTAGRAM

December 11, 2017 2 Comments



Assalamualaikum hai,

Maaf lately busy dengan urusan perniagaan. Sampai tak sempat nak update entry kat Blog ni hah. Actually Business dah start November haritu tetapi, ada beberapa dugaan yang menimpa, jadinya stock tertangguh selama 2 bulan. Tapi tak apa, dugaan berniaga memang macam tu kan.

Hari ni saya nak menjemput semua BLOGGERS untuk join CONTEST KAT INSTAGRAM kami di LE ZAARA OFFICIAL HQ .

Syarat-syarat Contest On Instagram

* SHARE POST NI KAT BLOG KORANG
* JANGAN LUPA LETAK LINK IG KAMI KAT POST KORANG
* FOLLOW IG KAMI
* LAST, COMMENT DONE KAT BAWAH 

Pemenang akan diumumkan bila follower mencapai tahap 2.5k ya. So besar harapan rakan-rakan bloggers dapat membantu sama-sama support saya ya. InsyaAllah setiap bulan kami akan sediakan hadiah untuk korang semua. Lepas ni akan ada projek besar juga untuk Bloggers. Stay Tuned dan jangan lupa tau join contest ni.

Sayang korang muahhh!!!