Follow Us @lizaaryannazaara

Thursday, September 28, 2017

Kenapa Anda Wajib Menginap di Hotel Equatorial

September 28, 2017 9 Comments
Assalamualaikum...


Hah kalau aku cakap macam ni "Nasi kandar here I come!!!" Haha sapa yang tak tau kalau sebagai orang Malaysia nie, asal usul nasi kandar. Of course la di penang. Bila teringat je mesti terliur nak singgah sana. Dari tahun dulu-dulu lagi dah famous nasi kandar, laksa penang, dan sebagainya. Kita sebagai rakyat Malaysia kenalah makan segala jenis menu yang ada kan, sebab negara kita memang terkenal dengan variety food yang banyak. So kalau nak ke sana aku nak syorkan satu hotel untuk korang stay, takkan nak balik hari kot sebab penat. Kenalah bercuti sekali. Hehe.


Hotel Equatorial Penang ni located kat bukit jambul. Kenapa nama dia bukit jambul aku kurang pasti korang bolehlah research sejarah tempat tu nanti bila kat sana. Pemalasnya aku ni kan? Hahaha. Location dia memang strategic sebab dekat dengan Penang International Airport dalam 4.5 km. So kepada pelari marathon boleh test power ulang alik dari Airport ke Hotel, mesti korang dapat jadi lagi sihat. Untuk yang nak lawat anak, adik atau member kat USM, jarak dia lebih kurang dalam 2km lebih dari hotel ni. Convenient kan?
Pukul 2 kalau korang dah sampai kat hotel ni, korang boleh dah check in. Kat hotel ni ada service concierge yang boleh tolong korang bawak beg yang berpuluh kilo ke bilik hotel korang. Selain tu receptionist hotel ni boleh dikatakan bekerja kuat sebab buka 24 jam sehari. Tapi manusia tu bukan robot so diorang akan tukar syif nanti. Darilah muka senyum jadi muka blur jer kalau kerja lebih 12 jam. Kesiann. So this is a benefit to u guys sebab kalau korang ada apa-apa isu atau nak tanya boleh tanya ke front desk diorang ni. Staff diorang memang friendly and standby untuk tolong korang.


Kalau korang sampai awal, korang boleh lepak kat lobby sambil baca suratkhabar yang diorang preparekan untuk guest hotel. Parking pun senang kat hotel ni sebab diorang dah sediakan. Wifi pun ada kat public places so save sikit korang punya data tu. Kan selesa kalau camtu. Dalam bilik pula ada Cable TV, Meja, Bilik air yang ada bathtub, fridge dan juga hairdryer. Bathrobe pun ada, so korang boleh bayangkan tak ala-ala mewah juga hotel ni ya. Bilik pun memang kalau ikut review sebelum ni sangat bersih dan selesa. Selain tu, kalau korang taktau jalan sekeliling area hotel ni korang boleh gunakan service tour guide diorang.

Aku rasakan yang mesti ada dari korang yang nak buat wedding reception kat hotel. Hotel Equatorial Penang ni ada buat wedding service, so korang boleh la jumpa person in charge untuk tanyakan dengan lebih lanjut. Apa lahi yang boleh buat kat sini ekk. Haa ada spa kat sini untuk korang relaxkan minda and fizikal. Bilik steam pun ada untuk korang buang kalori yang korang amek masa makan tengah hari nasi lemak 2 bungkus tu. Haha macam aku tak tau korang ni tahap melahap macam mana kann. Dalam hotel ni ada restaurant yang boleh serve breakfast, lunch dan sampailah dinner. Swimming pool pun ada so korang boleh beriadah dengan family or bawak the young ones. Masa ni la sesuai untuk family bonding tak gituu.

U guys also can book the smoking free room untuk yang tak merokok. Nak pergi gym untuk buat six pax pun ada, nak pergi massage pun ada. Memang mewah la korang selama stay kat hotel ni. Sangat berbaloi untuk invest demi relaxkan minda korang yang selalu stress tu. Untuk group booking untuk corporate event atau training pun no problem sebab hotel ni ada facilities such as conference room, business centre dan juga auditorium untuk crowd yang lebih ramai. Untuk bos-bos kat luar sana this is the right time untuk book Hotel Equatorial Penang online. Aku suggest jerk orang jangan nak salahkan aku nanti sebab ni good investment untuk tingkatkan performance staff korang.


Lepas berehat-rehat tu boleh la korang jalan jalan cari port yang best kat penang ni. Dapatlah makan benda-benda yang korang mimpikan before this. Have fun guys!!! Tu pasal lah aku cakap "KENAPA ANDA WAJIB MENGINAP DI HOTEL EQUATRIAL PENANG" NI, HOTELNYA MEMANG DIANTARA YANG TERBAIK DI PENANG TAU. Ok next entry please .. Bye

Sunday, September 10, 2017

Hijab Shampoo by Natural Elixirs

September 10, 2017 4 Comments
Assalamualaikum,



Harini  saya nak kongsikan pengalaman saya selama 2 minggu lebih menggunakan Hijab Shampoo by Natural Elixirs. Bagi wanita yang bertudung atau nama lainnya berhijab, pasti korang inginkan keselesaan sepanjang hari bukan? Begitu juga dengan saya, dulu saya tak pernah menitikberatkan soal penjagaan rambut semasa bertudung. Tetapi lama kelamaan dengan peredaran usia, hormon dan persekitaran, semakin lama bila bertudung, pasti rasa tak selesa. Yalah dulu-dulu muda remaja, hormon masih stabil, ni bila dah beranak pinak, hormon pun dan lain semacam je, lebih-lebih lagi rambut banyak gugur, kulit kepala asyik gatal je dan rambut semakin berminyak.


Rambut saya ada dua masalah, pertama berminyak dan keduanya mudah gugur (masa bujang tak pernah gugur, lepas bersalin kerap sangat gugur). Setelah hampir 2 minggu lalu dan sehingga ke hari ini iaitu hari ke-18 saya setia menggunakan, Hijab Shampoo by Natural Elixirs ni. Apa yang faktanya masalah pertama saya iaitu rambut berminyak, dah SELESAI! sekarang rambut saya memang langsung tak berminyak. Ada seminggu saya tak basuh rambut (sebab period, kalau period saya tak akan cuci rambut sebab saya mudah masuk angin dan sakit-sakit) saya takut juga rambut kembali berminyak, tapi syampu ni betul-betul dah buat rambut saya tak berminyak lagi walaupun seminggu tak basuh rambut. Kalau dulu 2,3 hari tak basuh rambut confirm berminyak.

Masalah kedua rambut gugur, tipulah kalau cakap takda rambut gugur lagi kan, sebab orang dah pernah bersalin ni memang musuh utama adalah keguguran rambut. Macam biasa, rambut masih gugur tetapi kurang. Kalau dulu tarik je rambut, rasa-rasa ada sampai 10 ke 15 helai rambut yang gugur tapi sekarang dalam 3,5 helai je gugur.


Sekarang ni bila sepanjang hari berada diluar rumah, keselesaan bertudung tu dah terasa. Jalan dari pagi sampai malam, dari berpanas dan berhujan tetap rasa selesa. Kalau dulu setengahari je berada diluar confirm nak cepat balik, tak tahan kepala gatal lah, rasa beratlah hahaha...

Korang yang ada masalah rambut saya syorkan korang cubalah Hijab Shampoo by Natural Elixirs ni. Ia ada 6 kebaikan yang terdapat dalam syampu ni. Dan syampu ni juga bukan hanya sekadar syampu tetapi ianya 2 dalam 1 iaitu Syampu dan juga Perapi. So kat sana korang dah jimat tak perlu beli perapi lagi. Syampu ni adalah Made in Turkey dan disahkan halal oleh Turkish Halal Certification Body. Formula syampu ini juga mengunakan bahan-bahan organik yang sememangnya selamat digunakan.




Kalau korang nak beli boleh melawat mana-mana details dibawah:

Facebook
Natural Elixirs Sdn Bhdhttp://www.facebook.com/natural.elixirssdnbhd
Twitter
Natural Elixirs Sdn Bhd https://twitter.com/NaturalElixirs
Pinterest
Natural Elixirs Sdn Bhd
Instagram
Natural Elixirs Sdn Bhd naturalelixirssdn
Google +
Natural Elixirs Sdn Bhd
Youtube

 #hijabshampoo #naturalelixirs #naturallyorganic #antihairloss #nodandruff #shampootudung 

Saturday, September 9, 2017

Pejuang Kanser Jelajah Borneo dengan RM1

September 09, 2017 1 Comments
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.

Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com