Follow Us @lizaaryannazaara

Wednesday, August 16, 2017

Kerja VS Keluarga, Manakah Pilihan Anda?

Assalamualaikum w.b.t


Keluarga adalah satu organisasi yang mana tempat bermulanya emosi kita dibentuk. Harus diingat, apabila kita bahagia bersama keluarga, kerja kita juga akan berjalan dengan lancar. Bayangkan jika semalam kita bergaduh dengan suami/isteri, apa jadi bila datang di tempat kerja keesokan harinya? Pasti kita akan rasa tiada semangat, fikiran bercelaru dan aura negatif sepanjang hari. Begitu juga sebaliknya, apabila kita gembira dan bahagia bersama keluarga pasti aura positif sepanjang hari akan membuatkan kita bekerja dengan gembira dan agresif. Dan bonusnya, pasti ada idea-idea yang tak terjangkau melalui otak fikiran kita.

Sebagai ketua, kita hendaklah peka dengan permasalahan keluarga kakitangan sekiranya hendak membina sesebuah organisasi yang cemerlang. Sekiranya pekerja tersebut dilanda pelbagai masalah rumahtangga, bagaimana organisasi kita hendak melahirkan seseorang yang berkualiti? Sedangkan pekerja tersebut tidak mampu menguruskan sesebuah organisasi kecil beliau, apatah lagi hendak menguruskan organisasi yang mempunyai cabang yang sangat besar. Oleh sebab itu, sebagai seorang ketua, amat penting menjaga dan menitikberatkan soal kebajikan pekerja.

Saya terpanggil untuk menulis entry ini berdasarkan pengalaman yang berlaku didepan mata. JOM BINCANGKAN, Mengikut pandangan anda, didalam sesebuah organisasi, ADILKAH apabila organisasi tersebut menyatakan KERJA ADALAH PERKARA YANG PALING UTAMA, MANAKALA KELUARGA ADALAH PERKARA KEDUA? dan MANAKAH PILIHAN ANDA, KERJA ATAU KELUARGA?

5 comments:

  1. hurm, soalan ni kak pip pernah lalui, mana penting keluarga atau kerjaya? dua dua pun penting, cuma of course keluarga ni kita tak dapat tukar ganti, dan kerjaya pula, of course kita perlukan kerana it's a source of our income untuk tampung perbelanjaan ...
    it's quite subjective utk jawab soalan ni ... lain orang lain keadaan, jadi masing masing ada jawapan tersendiri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak pip. sebenarnya dua2 penting sekiranya ketua organisasi kita juga memahami kita yg mempunyai keluarga ini. kebajikan pekerja dr segi pembahagian tugas dan keperluan keluarga hendaklah diberi perhatian yg wajar.

      Delete
  2. dua2 penting.. tapi kalau di bagi pilihan.. of course keluarga.. :)

    ReplyDelete
  3. pandangan peribadi sy melalui isu ini, dahulukan keluarga dari segalanya. Yep kerjaya itu penting, tp siapalah kami tanpa keluarga. giteww =D

    ReplyDelete
  4. Family first but job is priority! bagi saya lah..kalau dah planing kerja tapi ada masalah keluarga, kita pergi ke family first :)

    ReplyDelete