Follow Us @lizaaryannazaara

Thursday, December 26, 2013

Perkahwinan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri

December 26, 2013 8 Comments
Assalamualaikum hai..
 tetiba rasa nak update pasal perkahwinan designer favourite @ designer terkenal JM.
Mesti ramai yang kenal beliau kan kan.
Saya suka sangat dengan designnya. Harga pun setaraf dengan kualiti dan rekaannya. Jadi memang berbaloi-baloilah kalau beli pun hehe.
Beli setahun sekali ja kalau tiap bulan beli boleh pokai woo haha..

Okey saya selalu mengikuti perkembangan JM ni di INSTA so gambar-gambar yang saya dapat ni pun melalui Insta beliau. Suka sangat konsep perkahwinan dorang. Ala-ala jawa gtu. Saya dulu pun konsep perkahwinan ala-ala Jawa (sebab saya dan husb keturunan jawa hehe)  Baju persandingan saya pun saya sewa dari RKM (Rumah Kebaya Malaysia) Kak siti memang Salah seorang designer yang berasal daripada Indonesia. Pakej-pakej RKM ni bagi pun sangatlah berbaloi-baloi dan yang penting mampu bayar tau. Tak rugi. Layanan first class. Bagi yang belum berkahwin tu saya syorkan pilihlah RKM hehe
yang nak kawin lagi pon boleh (boleh blah haha jgn marah kita gurau aja)

Klik sini
RKM

Okay jom kita tengok serba sedikit gambar sekitar perkahwinan JM dan Nina.
Tak ambil banyak tau nanti Jovian marah haha~







Cantik sangat-sangat macam Prince and Princess


Teringat dulu2 mcm sama ja baju hehe



so cute!

fuyoooo tempat makan dalam taman... kalau macam ni mau berjam-jam duduk pon tak bosan



macho!


Yang ni majlis bersiram JM
Dulu sy bersiram dlm kamar mandi ja takdala mcm ni haha
Pengantin sempoi
(Macam sedap ja buah-buahan tu kan ....)



Tuesday, December 10, 2013

Ambuyat

December 10, 2013 20 Comments
Assalamualaikum bloggers
Harini nak update pasal AMBUYAT
atas permintaan dari Kak Ana dan Kak Lily hehe

Siapa tahu apa itu AMBUYAT? 
dan siapa pernah makan? sedap kan kan kan hehe
Ambuyat tu adalah makanan orang Sabah.
Tapi ada juga orang Sabah yang x pandai makan, macam suami saya hehehehe..

Rupanya sebijik macam gam. Kalau orang tak biasa makan ambuyat memang muntahlah hahaha
Tapi bos saya orang Pahang firstime kami bawa makan ambuyat terus pandai makan. 
Sampai menambah lagi haha...

Ambuyat ni merupakan sejenis hidangan yang berasal daripada bahagian batang dalam sagu sawit. 
So kalau kami disini kadang-kadang panggil ambuyat dan kadang-kadang panggil sagu.
 Ada juga yang memanggil ambuyat itu linut.
Kami makan ambuyat ni dengan chandas.
 Chandas tu diperbuat daripada buluh. Ada juga yang makan dengan Sudu.
Nanti saya sertakan gambar ya mesti semua tengah pening-pening kan, ambuyat tu apa? chandas tu mcmana rupa ? hehe sabar sabar...


Yang ni Resepi saya haritu. Ambuyat+kangkung belacan+kari ayam
Fuhhhhhhh sodappppp!!!!!!!
Makan ambuyat ni mesti ada kuah. So baru sedap taw dan yang penting tak tercekik haha





Makan ambuyat ni  memang meriah macam ni.
Sebab lagi banyak kuah yang berlainan lagi sedapppp...

Hah yang tu adalah Chandas. 
Cara makan, kaut ambuyat dan putar-putarkan. Jangan terlampau besar tau nanti tercekik. Pastu boleh celup ke dalam kuah yang korang nak...

Yang tu rupa ambuyat yang belum dimasak yang dijual di pasar-pasar.
Mana tahu nanti korang jalan-jalan kat Sabah nampak benda ni.
Hah senanglah dah kenal kan boleh beli hehe



CARA BUAT AMBUYAT

~Ambil separuh ambuyat dan letakkan dalam mangkuk / bekas yang besar. 

~Gaulkan ambuyat tadi dengan sedikit air. Jangan banyak tau.
( Macam orang buat kuih tu tepung digaulkan sedikit dengan air hehe)

~Sediakan air yang panas mendidih (Wajib supaya ambuyat itu  masak)

~Kemudian tuang air panas itu kedalam ambuyat sambil gaul ambuyat itu tanpa berhenti sehingga ambuyat menjadi seperti gambar di atas. 
(Kalau ambuyat tu dah jadi macam gambar yang di atas tu jangan tuang air panas lagi tau nanti ambuyat jadi cair hehe)

Pastu dah boleh dihidangkan dengan pelbagai cicah (Kuah)
hah kalau siapa-siapa yang nak try makan ambuyat, saya boleh tolong belikan kat sini dan tolong pos. Yang penting korang kirim duit jugak ya hahahaha :p

PENGUMUMAN PENTING

Bagi pemenang GA Liza Izara yang BELUM dapat hadiah sila contact saya ya. Sebab ada hadiah yang telah dikembalikan kepada saya. Saya pun tak tahu kenapa ada yang tak sampai-sampai. Risauuuuu
Contact saya ya 0138844330 SMS je hehe

PENGUMUMAN KEDUA

Bagi entry saya yang bertajuk ZINA IJAB KABUL saya telah menyampaikan persoalan ini kepada Pendaftar Nikah kami dan berikut adalah jawapan yang Berbahagia 
"TIADA LAGI ZINA SETELAH DIIJAB KABULKAN".

PENGUMUMAN KETIGA

Siapa-siapa yang berminat nak beli baju PreLoved Cik Shaida boleh tengok kat sini ya. Dia ada jual baju PreLoved tau